You are currently viewing Top 9 Senaman Bakar Lemak Untuk Turunkan Berat Badan

Top 9 Senaman Bakar Lemak Untuk Turunkan Berat Badan

Rasanya semua orang tahu “RAHSIA” nak turunkan berat badan kan, ada 2 je sebenarnya :

Kalau buat 2 benda ni secara konsisten, mesti senang je perjalanan anda nak turunkan berat badan tu.

9 Senaman Bantu Bakar Lemak Dan Turunkan Berat

Jadi kali ni kita nak kongsi beberapa jenis senaman yang boleh bantu bakar kalori dengan lebih cepat dan seterusnya bantu anda untuk kuruskan badan. Senaman-senaman yang kita pilih ni jenis yang guna body weight sahaja, tak perlu kan sebarang peralatan, dan senang sangat boleh dibuat bila-bila masa sahaja dan di mana anda berada.

Antara salah satu sebab yang buatkan ramai susah bersenam ialah tiada masa katanya dan tak sempat untuk bersenam.

Tapi senaman-senaman yang kita tunjukkan ni, anda hanya perlukan dalam 10-15 minit sahaja sehari, tapi kesan dia memang bagus sangat.

Set senaman ni juga fokus pada keseluruhan badan, jadi kalau ada yang nak kecilkan peha ke, atau kempiskan perut ke, sesuai untuk ikut set senaman ni.

Jadi ini adalah top 9 senaman yang memang sangat membantu turunkan berat badan :

1. Side to side plank

Bergerak ke kiri kanan sambil fokuskan bebanan pada bahagian perut kita.

senaman bakar lemak

2. Jump in

Lompatkan kaki ke depan dan ke belakang, pastikan rasa di bahagian teras perut.

senaman kurus

3. Split squat

Pastikan peha dan kaki kita dalam keadaan 90 darjah. Lutut kaki sebelah turun sehingga hampir mencecah lantai.

senaman mudah nak turunkan berat badan

4. High knee run

Lari sambil lutut diangkat hingga ke paras pinggang, sambil tangan dihayun laju. Lagi laju kita berlari lagi bagus.

senaman mudah nak kuruskan badan

5. Lateral jump

Tarik kaki ke bahagian sisi belakang, lagi jauh kita boleh tarik lagi bagus sambil tangan menghayun seperti berlari.

senaman mudah

6. Burpees

Turun ke bawah dan naik balik dengan laju sambil buat lompat bintang.

senaman mudah di rumah

7. Squat jump

Ni bukan squat biasa, tapi squat sambil melompat, biar rasa kesan dia di peha kita.

senaman kuruskan badan

8. Running climber

Running climber atau mountain climber, kita dalam posisi seolah-olah sedang memanjat gunung.

senaman turunkan berat badan

9. Tuck jump

Lompat sambil cuba kenakan kepala lutut sehingga ke dada kita.

senaman turunkan berat badan

Boleh cuba buat di rumah ye, ini cadangan set yang kita rekemen untuk kesan yang lebih hebat, lagi senang nak turunkan berat badan :

Semua senaman – 20 saat

Diselangi dengan rehat – 10 saat

Kemudian buat sebanyak 4 set. Setiap set tu rehat selama 1 minit

Jumlah masa yang diperlukan hanyalah dalam 23-25 minit sahaja. Tapi efek dia lebih baik dari berlari selama 1 jam.

Jom buat senaman turunkan berat badan ni ye.

Selamat berjaya!

Leave a Reply