You are currently viewing Tips Kurus Untuk Yang Baru Nak Bermula

Tips Kurus Untuk Yang Baru Nak Bermula

Sekarang kesedaran tentang kesihatan semakin meningkat dan ramai yang mula tahu obesiti atau masalah berat badan ni memang mempengaruhi sangat kesihatan dan kehidupan kita.

Ada yang kurus untuk lebih sihat, ada yang untuk nak turunkan berat badan supaya lebih bertenaga, lebih cantik, lebih berkeyakinan diri dan ada juga yang nak kurus untuk dapatkan zuriat.

Walau apa pon motivasi anda untuk kurus, boleh guna tips-tips yang kami nak kongsikan ni, supaya perjalanan anda nak turunkan berat badan tu lebih mudah dan berkesan.

7 Tips Untuk Berjaya Turunkan Berat Badan

Berikut adalah 7 tips yang memang membantu sangat untuk kuruskan badan. Nak turun berat ni memang satu proses, dan memerlukan jati diri dan disiplin diri yang tinggi. Diharap dengan perkongsian ni boleh bantu untuk anda mula turunkan berat badan.

1. Makan makanan yang lebih berkhasiat, berwarna-warni dan lengkap dari segi nutrisi

Nak turun berat memang berkaitan defisit kalori, iaitu kita makan lebih sikit dari apa yang badan kita boleh bakar. Ada orang cuba buktikan dia makan keropok macam super ring tu setiap hari, tak makan benda lain, tapi jaga kalori, dan dia berjaya turunkan berat badan.

Tapi hasil dia ialah kesan buruk kepada kesihatan jangka panjang kita dan berat tu susah nak bertahan. Sebaiknya kita fokus pada pemakanan sihat, secara automatik kalori kita akan lebih terkawal, sebab biasanya makanan sihat ni memang rendah kalori, rendah indeks glycemik, jadi lebih mudah untuk turunkan berat dan kesihatan jangka panjang kita pon lebih terjamin.

Cadangan diet yang bagus ialah gunakan kaedah Suku-Suku Separuh. Dimana dalam satu hidangan kita tu, suku karbohidrat, suku protein dan separuh adalah sayur dan buah-buahan.

2. Elakkan kalori dari air

Kadang-kadang kita boleh terlebih kalori hanya dari pengambilan air je, boleh sampai lebih 100 kcal tau, dari air-air manis atau pon jus yang bergula tu. Rugi sangat.

Ni yang kita panggil “kalori kosong” sebab dia bagi kalori, tapi tiada nutrisi pon yang kita dapat.

Jadi sebaiknya minum air kosong sahaja. Lebih sihat dan lebih jimat. Kalau nak bagi ada rasa sikit, boleh perah sedikit lemon atau limau.

3. Tak perlu kira kalori, hanya perlu kawal portion

Bila kita cakap yang nak turunkan berat ni kena buat defisit kalori, ramai yang cuba untuk kira pengambilan kalori harian mereka. Saya dah pernah cuba. Memang berapa hari je boleh tahan nak kira kalori ni, lepas tu mesti malas dan tak buat dah.

Tak perlu susah payah nak kira berapa pengambilan kalori kita sehari. Cara yang lebih mudah ialah dengan kita kawal portion kita sahaja.

Kita sendiri boleh tahu, kalau banyak sangat ke nasi yang kita ambil, atau ayam yang kita makan tu banyak sangat atau tak.

Kalau tak pasti, boleh agak-agak dengan ukuran tangan je. Ni ukuran portion yang kita boleh guna :

Kalau kita ikut panduan ni, memang susah kita nak terlebih kalori tu.

  • Protein : Sebesar tapak tangan yang terbuka
  • Sayur : 2 tangan
  • Lemak baik : Sebesar ibu jari
  • Karbohidrat / buah : Segenggam penumbuk

Tips ni memang senang sangat nak ikut, jadi senang kalau kita nak pastikan yang kalori kita tak terlebih dengan cara ukuran macam ni.

4. Makan dalam keadaan sedar

Penting sangat untuk kita “sedar” bila kita nak makan sesuatu tu dimana ianya melibatkan kenapa, bagaimana, bila, dimana dan apa kita makan.

Jangan main makan je sesuatu tu tanpa sedar apa dan kenapa kita makan. Tu yang selalu buat terlebih makan tu. Selalunya terjadi bila kita makan sambil tengok tv, sedap je mengunyah, sambil layan cerita best, tau-tau je habis sebalang kerepek.

Banyak lagi situasi di mana kita boleh makan dalam keadaan tanpa sedar, dan buatkan kita terlebih makan, dan tak pilih betul-betul makanan yang lebih sesuai untuk bantu kita turunkan berat badan.

Bila kita makan dalam keadaan sedar, selalunya kita akan makan dengan lebih perlahan, dan lebih menikmati makanan kita tu. Penting untuk kita makan lebih perlahan sebab otak nak hantar signal kenyang tu ambil masa sedikit, jadi untuk elakkan kita terlebih makan, tak boleh makan laju sangat.

Pernah tak terjadi bila kita makan laju sangat, tapi rasa macam tak kenyang, lepas tu kita pon tambah lagi, sebab kita rasa macam tak cukup. Sebenarnya bukan tak cukup, tapi signal kenyang tu tak sampai lagi.

5. Bersenam secara kerap

“Rahsia” turun berat badan yang ramai orang cari sebenarnya ada 2 je, jaga pemakanan dan bersenam dengan kerap.

Dan ada kajian menunjukkan yang bersenam memang membantu untuk menekan selera makan. Bila kita bersenam dengan kerap, sekaligus memang kita akan jaga pemakanan sekali sebab kita akan rasa kurang nak makan.

Senaman paling berkesan ialah senaman yang kita enjoy dan kita boleh buat dengan mudah.

Ada yang suka berlari, naik basikal, berzumba ataupon pergi ke gym.

Secara peribadi saya lebih suka bersenam di rumah dengan ikut video-video di youtube sahaja. Sebab apa ? Sebab persediaan dia mudah, tak perlu nak keluar rumah, jadi saya boleh buat dengan lebih konsisten setiap hari.

Bersenam ni pon banyak bagi kelebihan pada kesihatan fizikal dan mental kita. Bila kita bersenam, ada hormon endorphin yang dikeluarkan, yang buat kita rasa puas dan gembira.

Hanya dengan bersenam lebih kurang 10 minit di waktu pagi, boleh improve mood kita sepanjang hari.

Jadi, jom bersenam untuk turunkan berat dan kesihatan fizikal serta mental kita.

6. Betulkan persekitaran kita

Saya sentiasa percaya yang “enviroment is stronger than our willpower”. Apa maksudnya?

Maksudnya, sekuat mana pon kita atau kemahuan kita nak turunkan berat badan, kita susah nak kalahkan persekitaran kita. Biasanya mesti kita yang akan kalah.

Contohnya, kita cuba nak tahan dari tak makan kek manis yang sedap tu, tapi kalau benda tu duduk depan mata kita berjam-jam, lama-lama mesti kita akan cakap, takpelah, sikit je nak rasa. Lepas tu, dari sikit, jadi semua kita makan.

Sama juga kalau dalam almari kabinet kita, dalam peti ais kita, dekat kawasan dapur, atas meja ofis kita, masih ada lagi makanan-makanan yang tak membantu untuk kita turunkan berat, nanti mesti kita akan susah nak kawal pemakanan kita.

Lagi satu persekitaran kita ialah kawan-kawan, dan pasangan kita.

Kalau kita selalu makan dengan kawan atau pasangan yang tak jaga sangat pemakanan dia, lama-lama nanti mesti kita akan tewas jugak.

Jadi betulkan dulu persekitaran kita, kemas dan tukar makanan-makanan di kawasan-kawasan tadi tu. Elakkan ada makanan yang tak membantu kita untuk kurus. Tukar dengan alternatif yang lebih baik.

Sebaiknya kita maklumkan pada pasangan kita tentang misi kita untuk kurus, jadi dia boleh bantu apa yang dia boleh bantu sekali.

Bila kita dah betulkan persekitaran kita, memang lagi senang nak turun berat badan lepas ni.

7. Dapatkan sokongan sosial

Memang kalau berseorangan, perjalanan nak turunkan berat badan ni agak mencabar. Tapi kalau kita ada sokongan, lagi senang nak kurus nanti.

Boleh ajak pasangan atau kawan-kawan kita yang perlu turunkan berat badan, untuk sama-sama turunkan berat sekali.

Boleh buat group whatsapp antara anda semua, dan dalam tu update progress dan apa sahaja, sambil saling bagi semangat antara satu sama lain.

Sebab tu dalam program-program kami, kita memang buat dalam kumpulan, sebab kita percaya bila berjemaah ni, kesan dia lagi hebat. Perjalanan tu jadi lebih mudah.

Kalau ada hari yang kita bersemangat, kita rajin update dan buat bersungguh-sungguh. Tapi nanti bila ada masa yang kita macam down, ada orang lain pulak yang akan support kita dan bagi kata-kata semangat.

Kunci nak BERJAYA turunkan berat badan ialah, jangan berputus asa. Tu sahaja.

Saya tak pernah lagi jumpa orang yang gagal turun berat, yang ada cuma merekay yang give up sahaja. Selagi mana kita tak berputus asa, mesti akan berjaya.

Jadi salah satu cara untuk tak berputus asa ialah dengan ada sokongan dari orang lain.

Jadi saya harap tips-tips kurus ni akan bantu anda untuk berjaya turunkan berat badan dengan lebih mudah dan berkesan. Harap membantu ye, yang penting kita kena buat tindakan. All the best!

Leave a Reply