You are currently viewing Lelaki Ni Turun 50kg, Apa Rahsia Beliau ?

Lelaki Ni Turun 50kg, Apa Rahsia Beliau ?

Viral kat Facebook kisah Faiz Saumi, beliau kongsi dah turun dari berat 116 kg, sekarang dah 66kg. Saya memang rasa inspired sangat baca kisah beliau dan saya rasa memang patut dikongsi untuk motivasi kita bersama.

Ni apa yang beliau share di Facebook beliau :

Hari ini saya akan kongsikan amalan seharian saya sehingga ke tahap ini. Tempoh masa yang diambil setahun (May 2019 – May 2020)

1) Wajib ambil sarapan pagi, jangan pernah skip langsung walau sekali. Disarankan jangan tidur selepas subuh. Waktu terbaik untuk sarapan pagi adalah 7.00 hingga 8.00 pagi. Contoh sarapan yang diambil roti wholemeal, telur rebus/separuh masak 2 biji, pisang/ jambu batu/yogurt greek.

Kredit foto : google images

2) Jam 10.00-11.00 pagi, makan lagi buat mcm snacking sambil2 buat kerja tu buat snacking seperti kekacang, jambu batu atau epal.

3) Jam 1.00-2.00 ptg lunch time. Wajib ambil lunch ye! Jgn sesekali skip! Lunch yg biasa diambil segenggam nasi putih pastikan sebesar penumbuk, ayam/ikan/tempe (sumber protein paling baik!) dan sayur sayuran (protein dan sayur sayuran pastikan yg tidak bergoreng)

4) Jam 3.00-4.00 ptg buat snacking lagi seperti epal/kekacang/jambu batu/buah naga/pisang

Kredit foto : facebook Faiz Saumi

5) Jam 5.30-6.30 ptg ambil masa untuk workout atau buat kardio atleast 30 minit! Saya selalu akan jogging atau hiking.

6) Jam 7.00-7.30 mlm dinner time. Saya elakkan nasi utk waktu malam. Tp saya akn ambil sumber protein yg byk untuk naik kan muscle hasil penat dari workout. Saya amalkan 1/2 protein dan 1/2 sayur sayuran untuk satu pinggan yg besar. Antara sayur sayuran yg bagus adalah timun, brokoli, lettuce dan tomato.

Kredit foto : yellowblissroad

7) Jam 9.00-9.30 mlm selepas isyak, saya akn buat teh hijau panas tanpa gula.

8) Tips lain2 , jgn sesekali ambil minuman yg bergula, bayankkan minum air kosong setiap hari, elakkan apa jua sos, banyakkan buat research, pastikan tidur awal pada waktu malam, pastikan dapat rehat yang cukup dan mental kena sentiasa kuat! Semoga manfaat untuk semua 😊

Pssst: Cuma bulan puasa je tak boleh nak control makan sebab makanan yg dijual semua mengiurkan 🤣🤣🤣

Losing weight is a mind game. Change and never give up your mind. Trust me.

Perkongsiaan ini dikongsi oleh Faiz Saumi, untuk dapatkan lagi inspirasi dari kisah beliau boleh follow beliau di Facebook : Faiz Saumi

Leave a Reply