You are currently viewing Harith Faisal Hilang 10 Kg Sepanjang 30 Hari PKP

Harith Faisal Hilang 10 Kg Sepanjang 30 Hari PKP

Saya selalu baca posting Harith Faisal di Facebook sebab beliau selalu kongsi tentang pengurusan kewangan dan memang best baca perkongsiaan beliau. Banyak yang saya dah improve dari pengurusan kewangan saya hasil dari baca posting-posting beliau.

Baru – baru ni beliau share pulak macam mana cara beliau berjaya turunkan 10kg sepanjang musim PKP. Musim PKP ni korang tau lah macam mana kan, sebab semua kena berkurung kat rumah, jawabnya memang makan banyak jelah.

Ramai yang saya tengok naik berat masa PKP ni, tapi Harith Faisal berjaya turun 10 kg. Dan saya tengok cara diet dia pon memang simple dan mudah sangat nak follow. So kalau korang rasa inspired dengan hasil beliau, bolehlah cuba follow.

Berikut adalah perkongsiaan beliau di Facebook :

Masa sekolah rendah dulu saya ni gemuk. Memang selalu kena ejek “gemuk” dengan kawan-kawan.

Tiba-tiba saya dapat lost 10kg dalam 30 hari PKP ni. Tak strict sangat cara saya turun 10kg ni. Iya! Semua orang boleh buat. Cuba kau bayangkan kau angkat beras 10kg. Berat tak? Hah! Berat macam itulah hilang dari badan saya.

Bahagia rasa. Saya tak plan nak diet pun sepanjang PKP ni sebenarnya. Dalam fikiran sama macam orang lain, “Confirm berat naik sebab kat rumah asyik nak buka peti ais je”.

Tapi entah macam mana, saya cuba-cuba, boleh pula konsisten turun berat setiap hari. Rezeki. Sepanjang PKP ni, purata berat saya turun 300gram hingga 350gram setiap hari. Saya mula dengan berat 82kg masa 1st day PKP, sekarang dah 72kg pada 30th day PKP. Tip yang saya amalkan, semua boleh tengok kat semua gambar yang saya share tu ye.

Saya ada share:

1. Menu harian
2. Bila cheatday
3. Bila lapar sangat makan apa
4. Tip timbang berat
5. Tip simpan sayur tahan lama
6. Minum air apa selalu
7. Nak buat apa kalau berat tak turun
8. Kambing sebagai motivasi. Ha!

Ada baki lagi seminggu untuk biasakan badan, kemudian dah masuk bulan Ramadhan. Dalam seminggu tu kau boleh turun 300g x 7 = 2.1kg. Okay sangat. Lepas tu, masuk saja bulan Ramadhan lagilah senang turun berat badan. 

Iyalah, tahun ni, no more bazar Ramadhan, buffet hotel, iftar dengan company dan kawan-kawan dan juga moreh. Saya memang dah turun 10kg. Tapi, ada lagi 8kg saya nak buang dari badan saya ni.

8,000g / 300g = 27 hari

Gigih kira. Haha! Okay, perlukan lagi 27 hari untuk dapatkan berat badan idaman saya. Ini antara gambar resipi untuk dijadikan sebagai rujukan.

Slow and steady. Ramai ke yang nak follow journey saya untuk lost another 8kg ni?

Kalau ramai, saya akan keep sharing dalam FB story dan posting FB saya. Kalau tak ramai, saya simpan seorang je lah ye. 😅

Semoga ramai dapat manfaat daripada sharing saya ni. Tolong bagi kawan-kawan dan keluarga baca sekali ya.

Sumber : Facebook Harith Faisal

This Post Has One Comment

  1. najwa

    nk simpan sayur tu kene lapik dgn tisu kan??…kene guna tisu basah ke kering

Leave a Reply