You are currently viewing Cara Turun Berat Dengan Cepat : 3 Langkah Mudah, Terbukti Secara Saintifik

Cara Turun Berat Dengan Cepat : 3 Langkah Mudah, Terbukti Secara Saintifik

Pernah tak anda cuba nak turunkan berat tapi rasa susah sangat, nak kena tahan lapar, rasa tak best dan paling teruk sampai rasa stress. Maksudnya anda sedang buat cara turun berat badan yang tak berapa betul !

Sepatutnya nak turun berat, tak perlu berlapar, tak perlu stress dan kita sepatutnya enjoy dengan proses nak turunkan berat badan tu.

Cara Turun Berat Cepat Dan Mudah

Turun berat terlalu mendadak pon tak bagus tau, sebaiknya kita turun dalam 1-2kg seminggu tu dah ok sangat. Maksudnya kita turun berat secara sihat, dan kita nak lemak kita yang hilang, bukannya otot atau air dalam badan. Barulah kita akan rasa lebih sihat, bertenaga, kulit semakin cantik dan nampak awet muda.

Kalau otot kita yang turun, nanti kita jadi tak bertenaga, nampak tua dan tak sihat. Biasanya yang turun drastik sangat tu sebab otot dia yang hilang. Kita tak nak jadi macam tu tau.

Teknik turun berat yang bagus, yang tak buatkan kita rasa susah dan stress biasanya akan merangkumi perkara ni:

  • Buatkan kita rasa kurang craving ( rasa nak makan je )
  • Pemakanan seimbang dengan cukup semua makronutrien
  • Gaya hidup aktif

Jadi ni 3 langkah mudah yang anda boleh ikut untuk turunkan berat dengan lebih mudah dan berkesan.

1. Kurangkan Karbohidrat Yang Diproses

Karbohidrat yang diproses ni biasanya tinggi Glycemic Index ( GI ), kalau kita nak bagi senang faham, ianya mudah dicerna untuk bagi kita instant energy, tapi dalam masa yang buatkan kadar gula dalam darah kita naik dengan mendadak.

Kesan dia nanti kita akan jadi cepat lapar balik, dan sentiasa rasa craving nak makan. Pernah tak rasa macam dah makan banyak, tapi sekejap je rasa lapar balik, tu salah satu sebab dia ialah sebab kita makan karbohidrat yang diproses terlalu banyak. Jadi kalau nak senang turunkan berat, boleh kurangkan pengambilan ni ye.

Antara contoh karbohidrat yang diproses ialah :

  • Gula
  • Nasi putih
  • Tepung putih
  • Cereals
  • Kentang goreng
  • Dan bermacam-macam lagi
Antara contoh karbo yang diproses

Jadi yang terbaik ialah kita boleh kurangkan makan makanan yang macam dalam gambar di atas ni, dan kalau boleh ganti dengan karbohidrat yang lebih baik, iaitu karbohidrat kompleks.

Contohnya, macam nasi perang, bijirin-bijirin, sayur yang tinggi fiber.

Bila kita tukar ni, dan kurangkan karbohidrat yang kurang bagus tu, memang kita akan kenyang lebih lama, kurang rasa craving, dan seterusnya kurang nak makan lah. Bila kurang makan, memang akan turunlah berat, dan dalam masa yang sama kita tak rasa stress dan nak kena berlapar je.

cara turun berat

2. Hidangan Seimbang Dan Lengkap

Satu hidangan yang lengkap sepatutnya ada :

  • Sumber protein yang cukup ; ayam, daging, ikan…
  • Lemak baik ; omega 3, kekacang…
  • Sayur-sayuran
  • Karbo kompleks
cara turun berat mudah dan cepat

Protein

Protein sangat penting dalam diet kita, sebab protein ni nak pastikan yang otot kita tak hilang. Otot kita nak bantu untuk bakar kalori, jadi penting sangat untuk pastikan yang kita dapat sumber protein yang cukup.

Yang terbaik protein ialah dari sumber ikan dan protein dari tumbuh-tumbuhan sebab kurang lemak. Kalau protein haiwan macam daging lembu tu, dia datang dengan pakej lemak jahat sekali.

Lemak

Kalau cakap pasal lemak, selalu macam orang akan pandang negatif, sebab lemak selalu dikaitkan dengan punca kegemukan, tapi sebenarnya lemak ni pon ada yang lemak jahat dan lemak baik.

Masalah kita ni ialah terlebih banyak ambil lemak jahat tapi kurang lemak baik. Sebab tula senang naik berat dan susah nak kurus. Jadi lepas ni pastikan dalam hidangan kita tu, ada lemak baik ni sekali, sebab salah satu cara nak buang lemak badan kita ni ialah dengan makan cukup lemak baik.

Sayur-sayuran

Kelebihan sayur dalam hidangan kita ialah kerana sayur biasanya tinggi kandungan fiber, tinggi nutrien tapi sangat rendah kalori. Jadi kita akan rasa kenyang lebih lama, bagus untuk kesihatan kita tapi dalam masa yang sama buatkan kita senang nak turun berat.

Cuma nak kena jaga cara masak sayur ni je, sebaiknya makan sayur yang tak perlu dimasak macam ulam-ulam tu, atau salad.

Bila kita makan hidangan lengkap ni, kita sepatutnya akan tahan kenyang lebih lama dan sentiasa bertenaga. Kalau selalu rasa craving tu dan tak cukup kenyang, biasanya sebab apa yang kita makan sebelum tu tak cukup lengkap.

Jadi nak turun berat ni tak perlu berlapar atau tahan makan sebenarnya, tapi kena kena pastikan makanan kita cukup lengkap dan kena pilih sikit la apa yang bagus kan, elak yang tak berapa elok, dan dengan mudahnya kita boleh turunkan berat badan.

3. Gerakkan Badan Anda

Bila kita kata gerakkan badan anda ni, tak semestinya anda kena buat senaman yang berat-berat tu tau. Hanya perlu aktifkan sikit je badan kita ni, contohnya mungkin brisk walk dalam 15-30 minit di kawasan perumahan kita, atau buat senaman ringkas 10 minit je kat rumah.

Kunci dia ialah konsisten. Konsisten buat setiap hari.

Sebab bila kita aktif macam tu, mindset kita akan lebih fokus untuk turunkan berat. Kita akan rasa takut nak cheat day, kita akan rasa macam rugi kalau makan makanan-makanan yang tak sihat, dan kita akan lebih disiplin dalam usaha nak turunkan berat badan ni.

Tapi of course kalau boleh buat senaman yang lebih intense dan heavy lagi bagus. Senaman yang terbaik nak buang lemak ialah senaman yang kita gunakan beban. Macam kita guna dumbell, buat push-up dan lain-lain.

Kalau berlari dan berbasikal lebih kepada jantung, membantu juga untuk turunkan berat tapi kalau kita gunakan beban ni lebih cepat.

Perlu Ke Kira Kalori ?

Sepanjang lebih 10 tahun kami bantu ramai orang turun berat, memang tak dinafikan, nak turun berat memang kena defisit kalori.

Maksudnya kalori yang masuk dalam badan kita, kurang dari apa yang badan kita boleh bakar. Baru lah kita akan turun berat.

Sebab tu ramai yang bersungguh-sungguh kira kalori, untuk pastikan kita tak terlebih consume kalori. Tapi berapa lama je kita rajin nak kira kalori ni?

Sebenarnya tak perlu beriya nak kira kalori tu, just jaga portion je. Kalau kita jaga portion tu, biasanya memang tak terlebih kalori yang kita makan tu. Cara nak jaga portion tu boleh rujuk gambar ni :

Cara ni lebih mudah untuk kita buat secara konsisten. Hanya pastikan kita tak terlebih dari portion tangan kita ni, kalau kita follow ni memang sepatutnya tak terlebih kalori tu dan dengan mudahnya kita boleh turunkan berat badan.. Jadi tak perlu susah-payah kira kalori sangat.

Harap membantu ye cara-cara ni. Yang penting kena ingat, kalau kita rasa stress kena berlapar tu, maksudnya kita tengah buat cara yang salah untuk turunkan berat badan.

Proses nak turun berat sepatutnya enjoyable dan buatkan kita rasa best. Kita rasa lebih segar, bertenaga dan rasa lebih yakin dengan diri sendiri.

Harap membantu tau 🙂

Leave a Reply