You are currently viewing Cara Nak Kecilkan Peha Dalam Masa 1 Minggu

Cara Nak Kecilkan Peha Dalam Masa 1 Minggu

Ramai orang yang dia takde masalah berat badan sangat, sikit jela kalau ada pon, tapi dia ada problem kat beberapa tempat, yang paling famous biasanya dekat peha dan juga perut.

Lemak kat bahagian sini macam liat sikit nak turun, tapi senang naik pulak tu. Kadang-kadang baru makan terlebih sikit, eh dah boroi dah perut. Kali ni saya nak share dulu tentang peha, sebab memang ramai yang stress tentang lemak kat peha ni.

Sebelum tu kita kena faham, kenapa lemak banyak tersimpan kat bahagian peha.

Simpanan Lemak Di Peha

Biasanya yang ada masalah peha besar ni ialah perempuan. Lelaki ada juga tapi tak macam wanita. Biasanya lelaki masalah dekat bahagian perut.

Semua ni ada kaitan dengan sistem hormon badan kita. Kalau lemak kat peha ni, biasanya berkait dengan hormon estrogen. Sistem badan wanita biasanya cenderung untuk simpan lemak di bahagian peha dan punggung untuk support mereka sewaktu mengandung dan menyusu nanti.

Kira ni macam simpanan lah untuk kegunaan kalau diperlukan nanti.

Secara ringkasnya, bila korang makan lebih dari yang badan korang boleh bakar, kalori tu akan disimpan dalam bentuk lemak, dan biasanya untuk perempuan, lemak-lemak ni cenderung untuk disimpan di peha dan punggung.

Tapi tu lah, peha yang besar ni sedikit sebanyak mempengaruhi jugak pakaian apa yang kita nak pakai. Kadang-kadang sebelah atas dah ok tapi tiba-tiba belah bawah macam tak berapa ok. Rasa frust sangat kan.

Antara benda yang tak best bila peha besar ni :

  • Buatkan kita rasa tak confident.
  • Susah nak pilih baju dan seluar yang sesuai
  • Menunjukkan yang hormon kita tak balance, biasanya akan ada masalah dengan period perempuan atau kesuburan.

Kenapa penting untuk kita fokus jaga peha kita ni sebab bukan sahaja untuk kecantikan kita tapi kesihatan kita jugak.

Sebelum tu kita kena tahu dulu apa faktor-faktor yang buatkan peha kita ni jadi besar. Sebab bila kita tahu sebab dia, senang lah kita nak cari solution dia nanti kan.

Saya dah lebih 10 tahun bantu orang yang nak kuruskan berat badan, dan dah consult dengan ramai orang yang nak turunkan berat badan ni, biasanya mereka akan share lah apa makanan dan aktiviti yang diorang selalu buat, dan hasil pemerhatian saya ni, saya jumpa beberapa persamaan kat orang yang peha besar ni atau kita panggil pear shape.

Antara faktor-faktor yang sebabkan peha kita ni jadi besar ialah :

  1. Penggemar air manis-manis.
  2. Suka makan ayam bahagian drumsticks atau wings.
  3. Suka menguyah snek-snek macam kerepek, biskut.
  4. Penggemar high fat dairy products.

Tapi tak semestinya korang kena terus buang benda-benda ni, terus elak tak nak makan benda-benda yang saya share tu. Sebab memang impossible nak elak. Kunci dia ialah bersederhana dalam apa yang kita lakukan.

So sekarang saya nak share beberapa cara untuk bantu kecilkan peha korang.

Saya bahagikan kepada 2 parts, iaitu dari segi pemakanan dan lagi satu dari segi senaman.

Pemakanan

  1. Jaga kalori yang korang ambil. Memang kena makan kurang dari apa yang badan kita boleh bakar. Tak perlu pon nak track kalori ke apa, kita boleh agak sendiri if kita makan banyak or terlebih.
  2. Pilih ikan sebagai protein. Kurangkan makan ayam atau daging. Especially ayam sebab kebanyakan ayam kat pasaran ni di inject dengan hormon untuk buat ayam tu gemuk. Bila kita makan, dengan kita-kita sekali jadi gemuk.
  3. Sentiasa minum air kosong je. Sekali sekala ok je nak minum air manis tapi most of the time pilih air kosong tau.
  4. Kalau suka minum coffee, elakkan minum coffee the 1st thing in the morning. Kalau teringin sangat nak minum, minum petang-petang sikit.

Ok tu dari segi pemakanan. Now saya nak share dari segi senaman pulak. Suka saya nak ingatkan yang kita bukannya boleh pilih sangat nak suruh badan kita kurangkan lemak dekat certain parts macam peha ni.

Badan kita tak berfungsi macam tu. Selalunya lemak ni akan turun secara total atau menyeluruh, bukan ikut kawasan mana yang di nak. Cuma ada certain parts macam perut dan lemak ni yang kadar penurunan dia sikit je nak compare dengan kawasan lain.

So kalau buat senaman yang saya share ni, sedikit sebanyak akan bantu untuk lajukan lagi penurunan kat peha korang.

Senaman

Korang kena fokus buat 2 jenis senaman ni iaitu senaman jenis kardio dan juga senaman jenis toning.

Kardio ni senaman yang macam jogging, zumba, dia tak melibatkan weight sangat. Kardio ni untuk tingkatkan metabolisme supaya badan kita ni akan bakar lemak dengan lebih padu.

Toning pulak ialah senaman yang kita buat dengan tujuan untuk bina otot. Sebab otot ni akan bakar lebih banyak kalori dan otot juga lebih kecil berbanding lemak. Ibarat dia macam besi dan kapas. Otot tu macam besi, dan lemak tu macam kapas. 1 kg best kan kecil je kalau nak compare dengan 1 kg kapas.

Macam tu lah badan kita. Kita nak fokus tukarkan lemak tu kepada otot. So barulah peha kita tu nampak lebih kecil.

Jadi untuk senaman kardio, korang kena buat dalam 3-5 kali seminggu. Antara senaman kardio yang korang boleh buat ialah :

  • Jogging
  • Zumba
  • Berenang
  • Berbasikal

Cuba buat ikut kemampuan korang. Paksa diri untuk keluar sikit dari comfort zone tu, baru senaman kardio tu akan lebih efektif.

Untuk senaman toning pulak, korang boleh buat 2 jenis senaman ni.

Just sandarkan belakang badan korang ke dinding, dan peha buat macam posisi squat. Then korang stay je dalam position ni selama 3 minit.

Kesan dia bila korang buat selama 3 minit ni kan, macam jogging sejauh 5km. Power kan.

Next senaman toning yang korang boleh buat ialah senaman ni.

Angkat kaki korang macam ni dan letak semula. Senaman ni nak fokus bina otot dekat bahagian sisi peha korang. Boleh buat sebanyak 30 kali.

Jadi 2 senaman ni kalau korang mampu buatlah setiap hari. Tak sampai 15 minit pon nak buat. Tapi kalau tak sempat boleh buat selang sehari atau selang 2 hari.

Yang penting kena buat ok.

So ni perkongsiaan saya tentang cara nak kecilkan peha korang dengan mudah. InshaAllah kalau korang follow je step-by-step ni dalam masa 1 minggu dah boleh nampak sedikit kesan dia.

Tapi kena konsisten dan disiplin untuk jaga pemakanan dan buat senaman-senaman yang saya share tu.

Harap membantu ye. Terima kasih.

This Post Has 7 Comments

  1. Balqis amzari

    Kalau aerobic , senaman jugakkan?

    1. Noriman Ramli

      Ye betul tu

  2. Muhammad imran bin Abdul Rahim

    Mcm mana nk kecikkan peha & perut?

  3. Paam

    Jogging pun senaman kardio juga kn?

  4. Ina

    Nak tanya.Perut saya sudah turun. Tapi peha dan pinggul saya masih dalam keadaan yang sama.Boleh tak bagi saya cara yang lain untuk mengecilkannya.

    1. Noriman Ramli

      Memang kena jaga pemakanan, and fokus pada senaman yang bina lean muscle di peha. Just keep doing, nanti mesti nampak result. Harap membantu

  5. Nik

    Teh sanna boleh kurus jgk x?

Leave a Reply