Bila kita decide untuk turun berat kan, kita pon mula lah jaga makan, pergi bersenam, buat lah macam-macam kan untuk turunkan berat, beberapa hari dan minggu kemudian mula nampak result.
Seluar yang kita biasa pakai makin longgar, badan rasa best, then bila timbang, yeeeaayyyy tengok berat dah turun beberapa kilo. Excited sangat rasa kan.
Then teruskan lagi, buat benda yang sama, tapi bila timbang beberapa minggu lagi tengok sama je. Berat kita stuck kat situ je, tak turun – turun. Padahal makan semua jaga je, bersenam pon konsisten je buat.
Kita pon mula rasa down. Rasa macam sia-sia je apa yang kita buat selama ni, macam takde result pon.
Jangan sedih dan kecewa tau, perkara macam ni normal je, dan berlaku kat semua orang yang nak turunkan berat. Ini yang kita panggil “plateau”.
Kenapa terjadi ” Berat Plateau “
Semasa beberapa minggu pertama kita start nak turun berat, memang senang je nak turun.
Sebabnya bila kita kurangkan pengambilan kalori kita, badan kita mula gunakan tenaga dari simpanan glycogen, sejenis karbohidrat yang disimpan kat otot dan hati. Glycogen ni mostly dari air, jadi bila kita mula turun berat tu, yang banyak turun ialah air dulu. Sebab tu awal-awal macam laju je turun sebab banyak air yang hilang dari badan.
Lepas tu bila berat mula turun lagi, kita mula kehilangan lemak beserta otot sekali. Otot ni yang bantu tingkatkan kadar metabolisme kita untuk bakar kalori tadi tu, so bila otot mula hilang, metabolisme kita pon semakin slow. Tak macam awal-awal turun berat tu.
So perkara ni menyebabkan kadar turun berat badan kita pon jadi slow, sampai satu tahap kalori masuk, sama je macam kalori yang dibakar, so berat kita stuck la, tu yang terjadi “plateau”.
Benda ni normal sebab badan kita memang dah di set untuk adapt dengan sebarang perubahan untuk survival.
Macam mana nak buat bila dah sampai “plateu” ni?
Pertama sekali kena terima hakikat yang benda ni memang normal dan korang kena hadapi.
Tak perlu risau dan stress, dan paling penting jangan ada rasa nak give up.
Antara perkara yang korang boleh buat untuk atasi plateau ni ialah :
- Tukar habit dan rutin korang. Sebab badan kita ni dah adapt dengan normal baru korang, so kena tukar untuk buat badan kita macam terkejut sikit. So badan kita akan mula aktifkan balik segala sistem untuk turun berat tu.
- Potong lebih banyak kalori. Nak tak nak memang kena all out lagi, kurangkan lagi kalori yang biasa ambil tu. Mana yang boleh kurangkan, cuba kurangkan lagi.
- Pelbagaikan jenis senaman. Boleh tambah atau tukar kepada senaman yang lebih high intensity. Bila dah sampai tahap ni, setakat aktiviti kardio dah tak berkesan sangat, kena buat weight training sekali, untuk build more muscle supaya metabolisme kita akan naik lagi.
- Cari support group. Kalau ada dalam team yang saling encourage each other memang sangat-sangat membantu bila dah plateau ni. So korang pon tak mudah nak give up dan boleh kekal on track.
Perjalanan nak turun berat ni memang ada ups and downs dia. Bukan selamanya turun dan turun je.

Kalau kita boleh faham hakikat ni, baru lah takde stress sangat nak turun berat tu. Enjoy je journey korang tu dan paling penting along the way kita nak turun berat tu, sebenarnya banyak sangat improvement yang kita boleh rasa. Terutama dari segi kesihatan.
Even baru turun 10% je dari berat asal kita kan, banyak sangat benefits yang kita boleh rasa. Rasa lebih bertenaga, kurang stress, badan dan baju lebih selesa, macam-macam la. So let’s enjoy the process k.
Harap perkongsian ni membantu. All the best dan good luck!