Saya faham memang peha ni part yang challenging sikit kalau nak turunkan. Ada yang badan jenis pear shape, upper body kurus je tapi peha dan pinggul tu yang problem. Kalau terlebih makan sikit, mulalah seluar yang biasa kita pakai tu dah terasa ketat kat bahagian peha. So macam mana cara nak kecilkan peha ni?
Masalahnya kita memang tak boleh nak suruh sistem badan kita fokus bakar lemak kat peha macam tu je. Sistem metabolisme kita tak berfungsi macam tu. Tak boleh nak pilih – pilih part mana yang nak kena turun.
Sebaiknya kita fokus untuk turun kan lemak badan secara keseluruhan. Kita kena fokus seluruh badan kita. So nanti peha kita pon akan ikut turun sekali.
Tapi ada beberapa tips yang saya nak kongsi, yang boleh bantu untuk kecilkan peha kita dengan lebih cepat :
1. Jaga pengambilan garam

Garam membuatkan badan kita tahan lebihan air dalam badan kita dan menyebabkan badan kita termasuk peha dan pinggul jadi macam bloating.
Kalau kita kurangkan memang akan nampak perubahan dengan cepat. Kalau ikut American Heart Association punya recommendation, sehari kita boleh ambil maksimum 1500 mg je sodium, tapi selalunya kita terlebih ambil.
Cuba elakkan makanan yang diproses sebab biasanya makanan-makanan ni memang tinggi garam.
2. Tambah electrolytes dalam diet

Electrolytes macam magnesium, calcium dan potassium memang banyak khasiat untuk badan kita dan salah satunya ianya bantu stabilkan keseimbangan cecair dalam badan kita, dan seterusnya bantu keluarkan lebihan air tadi.
Pisang dan yogurt antara makanan yang tinggi dengan electrolytes ni, so boleh jadikan sebagai snek korang setiap hari.
3. Buat senaman fokus kecilkan peha

Bila kita buat senaman yang fokus kat peha macam squat dan lunges, kita akan bina otot yang lebih kuat di bahagian peha tu dan otot ni akan bantu untuk bakar lemak.
Jangan risau, otot tu tak buatkan peha korang nampak lagi besar pon, instead akan buatkan peha korang lebih kecil sebab otot ni dia bukan macam lemak. Dia padu dan padat.
Untuk senaman yang bagus boleh tengok video senaman peha ni.
4. Makan lebih banyak fiber dan protein

Fiber dan protein ni akan buatkan kita tahan kenyang lebih lama, sekaligus akan kurangkan kalori intake kita. Macam yang saya selalu cakap, asas nak turun berat ialah sentiasa defisiti kalori. Nak turunkan lemak pon sama. Bila kita kurang kalori, metabolisme badan kita nanti akan terpaksa bakar simpanan lemak kita untuk bekalkan tenaga.
So kena jaga pemakanan dan banyakkan protein untuk bantu bina otot di bahagian peha so nanti otot tu akan bakar lemak peha.
5. Sentiasa bawa air ke mana – mana

Kena pastikan pengambilan air setiap hari cukup, sebab kalau tak cukup, senang terjadinya water retention, sebab badan kita risau air tak cukup.
Lagi satu air ni pon membantu untuk pastikan metabolisme kita sentiasa pada tahap optimum, so barulah pembakaran lemak tu lebih efisien.
6. Banyakkan buat senaman HIIT
High intensity interval training ni senaman yang bagus sangat untuk kecilkan peha. Kita push badan kita secara maksimum, so metabolisme kita tu akan sentiasa bekerja kuat untuk bakar lemak-lemak badan kita termasuklah peha.
Yang bestnya senaman ni tak perlukan masa yang lama, dalam 10 minit je tapi kesan dia sama macam kita jogging 1 jam.
7. Dapatkan sokongan
Nak kecilkan peha ni memang ambil masa. Bukanya sehari dua je buat tiba-tiba peha terus kecil.
Sebab tu kalau korang ada sokongan yang betul, lagi senang nak berjaya. Kalau ada kawan-kawan yang sentiasa encourage korang, kalau tiba-tiba korang rasa macam down dan tak bersemangat, ada orang yang pastikan korang sentiasa teruskan. Penting sangat tu.
So cari geng yang nak sama-sama kecilkan peha dengan korang sekali, seriously lagi mudah nanti.
Harap membantu ye perkongsian saya ni. Selamat berjaya!