Ok, wajib tu macam melebih-lebih sangat la pulak kan, tapi ini adalah antara beberapa alatan yang memang membantu sangat lah untuk yang nak turunkan berat badan, dan memang saya amat-amat-amat-amat dan amat menggalakkan untuk korang dapatkan dulu barang-barang ni so nanti lagi senang perjalanan nak kuruskan badan tu.
Saya nak diingatkan yang alat-alatan ni hanyalah untuk bantu je tau. Yang penting diri kita sendiri. Nak turun berat ni memang perlukan disiplin, komitmen dan konsistensi, dan alatan ni tujuan dia untuk bantu sahaja.
Tapi memang memudahkan sangat la dan saya percaya kalau korang sediakan dulu, lagi tinggi peluang nak berjaya turunkan berat badan.
1. Penimbang Berat

Penimbang ni memang penting sangat untuk kita keep track progres kita. Nak turun berat ni 80% adalah mindset kita, dan juga motivasi kita, dan motivasi terbesar adalah bila kita nampak kita ada progres.
Yela bila kita dapat tahu setelah 2-3 minggu berusaha jaga pemakanan, bersenam, ubah gaya hidup, then kita timbang tengok dah turun 3kg, mestilah excited sangat kan, dan rasa sangat bersemangat.
Jadi penting untuk kita ada penimbang.
Nak lagi best, boleh dapatkan penimbang yang boleh ukur beberapa perkara penting lain macam peratus lemak, jisim otot, kadar metabolik kita dan lemak visceral sekali. Dia boleh sync sekali dengan apps dekat telefon kita jadi segala data tu akan direkod dan lagi mudah kita nak track progres.
Personally saya gunakan yang brand xiaomi ni, boleh beli dekat shopee dalam RM80 macam tu.


Lagi banyak data yang kita boleh track, lagi senang untuk kita buat pelan dan tindakan untuk pastikan perjalanan turun berat kita tu lagi mudah. Kita pon boleh tengok graf progres kita dan pastikan diri kita sentiasa bersemangat dan disiplin.
Cara timbang yang terbaik ialah kita timbang seminggu sekali je, tak perlu setiap hari. Gunakan penimbang yang sama, dan timbang pada waktu yang konsisten, contoh kalau waktu pagi sebelum sarapan, minggu depan pon timbang pada waktu pagi sebelum sarapan.
Supaya kita dapat ukuran yang lebih baik untuk kita buat perbandingan. Barulah kita tau yang kita ni sedang buat progres atau tak, dan diet dan teknik yang kita buat tu menjadi atau tidak.
2. Tali pengukur

Lagi satu kesalahan ramai orang bila nak turunkan berat ni ialah, diorang tak ambil ukuran-ukuran penting macam ukur lilit pinggang, perut, peha dan lengan. Hanya fokus pada berat semata-mata.
Bila kita cakap pasal nak turunkan berat ni, fokus kita ialah nak turunkan lemak. Bila turun berat, boleh jadi kita turun otot dan air dalam badan. Kita tak nak turun yang tu, kita nak lemak yang hilang.
Macam mana nak tau?
Dengan ukur bahagian-bahagian tadi tu la, boleh guna pita pengukur. Sebab tu penting untuk dapatkan pita pengukur dan catit ukuran-ukuran terutama pinggang, perut, peha dan lengan, untuk kita pastikan progres kita yang turun ialah lemak.
Kadang-kadang ada yang berat tak berapa turun sangat, tapi ukuran-ukuran lemak ni banyak yang turun, so takde masalah, yang penting kita boleh rasa badan kita semakin ringan, baju kita semakin longgar dan tenaga kita semakin bertambah.
Boleh dapatkan tali pengukur ni di kedai-kedai RM2, atau Mr D.I.Y, murah je tapi penting sangat untuk bantu turunkan berat.

3. Botol Air Besar
Salah satu kunci utama nak cepat turun berat ialah kena pastikan kita cukup minum air setiap hari. Biasanya setiap 25kg badan kita perlukan 1 liter air minimum sehari. So kalau yang berat 100kg, perlu minimum 4 liter air sehari.
Bukan sebarangan air tau, air yang tak bergula. Banyak sangat kelebihan minum air ni, paling mudah kita ibaratkan air ni macam minyak la untuk kuatkan lagi api pembakaran lemak kita tu.
Tapi ramai yang ada masalah untuk disiplin dan konsisten minum air ni. Jadi antara alatan yang boleh bantu ialah bila kita ada botol air yang besar.

Boleh dapatkan botol yang sekurang-kurangnya 2 liter, dan kita pastikan cukup keperluan air harian kita dengan botol tu.
Nak lagi best, boleh dapatkan botol yang siap ada straw sekali jadi senang nak minum nanti. Botol besar macam ni biasanya boleh dapat pada harga dalam RM30 – RM40.
4. Kasut Sukan
Nak turun berat ni memang asas dia kalau kita buat 2 perkara ni memang senang nak turunkan berat badan. Jaga pemakanan dan juga bersenam secara konsisten. Tu je rahsia dia. Takde rahsia lain lagi dah.
Kasut yang bagus sangat penting untuk bantu kita bersenam dengan lebih baik dan elakkan dari kecederaan. Jangan takut untuk melabur lebih sedikit untuk dapatkan kasut yang bagus.
Bila kita dah beli kasut yang ok, mesti lagi semangat dan lebih berdisiplin bila nak bersenam tu.
Kasut pon ada macam-macam jenis bergantung kepada kesesuaian senaman yang kita nak lakukan. Boleh baca artikel ni untuk pilih kasut yang sesuai dengan aktiviti kita nak buat.

5. Yoga Mat
Alang-alang kita bercakap tentang senaman ni kan, lagi satu alatan penting yang boleh bantu kita untuk bersenam dengan lebih baik ialah yoga mat ni.

Untuk peserta-peserta program kami, memang biasanya saya akan recommend sangat untuk buat senaman dengan ikut senaman-senaman yang boleh dibuat dirumah di youtube.
Kenapa?
Sebab mudah. Persediaan dan persiapan dia mudah.
Tak perlu nak kena keluar rumah dan boleh dibuat bila-bila masa ikut waktu kita sendiri. Jadi kita lebih mudah untuk konsisten dan disiplin bersenam untuk turunkan berat.
Ingat kunci nak turun berat, konsisten dan disiplin.
Dan biasanya senaman-senaman ni perlukan yoga mat, supaya kita tak sakit dan lebih selesa untuk bersenam. Jadi boleh dapatkan yoga mat ni untuk bantu kita turunkan berat badan tau. Harga dia tak sampai RM100 pon.
6. Pinggan Kecil
Lagi satu alatan penting yang boleh bantu untuk turunkan berat badan ialah pinggan yang lebih kecil. Macam pelik kan macam mana pinggan yang lebih kecil boleh bantu?
Ingat rahsia nak kurus apa? Jaga pemakanan dan bersenam secara konsisten.
Cara terbaik nak jaga pemakanan ialah dengan kita kawal portion makanan kita. Tak perlu susah-susah nak kira kalori lah, nak kena guna apps, cara-cara tu semua tak boleh bertahan lama. Lama-lama nanti kita penat nak buat benda-benda tu.
Yang paling mudah ialah dengan kita kawal portion kita. Alat yang boleh bantu ialah dengan guna pinggan lebih kecil.

Bila kita guna pinggan yang besar, kita lebih mudah untuk ambil makanan secara berlebihan tapi kalau kita guna pinggan yang lebih kecil, kita akan lebih mudah untuk makan dengan sedikit je.
Jadi boleh sediakan pinggan yang lebih kecil dan gunakan pinggan tu setiap kali kita nak makan, so takdelah kita terlebih kalori nanti.
7. Lunch Box Yang Cantik
Lagi satu tentang jaga pemakanan ni ialah, sebaiknya kita makan makanan yang kita sediakan sendiri. Sebab kita boleh kawal penggunaan minyak dia, kadar garam, gula dan kandungan makanan tu.
Dan dengan ada lunch box yang menawan hati, mesti buat kita bersemangat untuk sediakan makanan kita sendiri.


Kita boleh sediakan meal prep atau letak snek-snek yang sihat, so bila pergi kerja boleh bawa bekal ni. Lagi menjimatkan dan kita boleh turun berat.
Setakat ni, ini 7 alatan yang saya rasa memang perlu ada untuk anda yang nak mula turunkan berat badan dengan lebih mudah dan berkesan. Kebanyakan barang-barang ni tak mahal pon, dan boleh dibeli di kedai-kedai ataupon di shopee.
Memang mudah dan membantu sangat bila kita buat persediaan dengan alatan-alatan ni.
Sekali lagi saya nak ingatkan, alatan ni hanyalah untuk membantu, yang paling penting ialah diri kita, untuk kita sentiasa disiplin, komited dan konsisten.
Diharap perkongsian ni membantu ye. Boleh share di bahagian komen, alat apa lagi yang anda rasa boleh membantu untuk turunkan berat badan dengan lebih mudah.