You are currently viewing 6 Kesalahan Makan Nasi Yang Buatkan Kita Naik Berat

6 Kesalahan Makan Nasi Yang Buatkan Kita Naik Berat

Ramai yang selalu kaitkan punca naik berat dengan makan nasi. Selalu kita dengar kan bila ada kawan kita yang nak turunkan berat, mereka akan cakap nak stop makan nasi. Nasi tak berdosa tau.

Nasi adalah sumber karbohidrat dimana nasi ni membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja seharian. Memang dalam pelan pemakanan kita, karbohidrat adalah satu komponen penting untuk pastikan hidangan kita seimbang dan kita dapat zat yang cukup.

Tapi masalah dia ialah kalau kita tak kawal portion dan cara masakan, tu yang buatkan nasi ni boleh menyebabkan kita senang naik berat.

Jadi, saya nak kongsikan antara 6 kesalahan dalam kita makan nasi, yang buatkan berat kita senang naik dengan mendadak.

1. Ambil terlalu banyak lauk

Selalunya nasi tak bersalah tapi kita yang ambil terlalu banyak lauk sampai terlebih kalori yang sepatutnya. Lagi-lagi kalau lauk yang cara masakan dia bergoreng dan gunakan terlalu banyak minyak.

Lagi teruk kalau lauk banyak, dan nasi pon banyak. Seeloknya kawal portion hidangan kita untuk pastikan pengambilan kalori kita tak terlebih dari yang sepatutnya. Di bawah nanti, kita akan ajar macam mana cara nak pastikan kita tak terlebih portion hidangan kita.

2. Tidak makan sayur

nasi naik berat

Sayur adalah satu komponen penting dalam hidangan seimbang kita, dan sayur juga tinggi khasiat dan fiber. Fiber ni bantu buatkan kita tahan kenyang lebih lama, dan elakkan dari rasa craving terutama craving benda-benda manis.

Jadi kalau kita nak elakkan dari senang naik berat, memang digalakkan untuk pastikan ada sayur dalam hidangan kita. Kalau sayur yang macam ulam-ulaman tu lagi bagus.

3. Makan nasi kuah banjir

Kalau tengok memang nampak menyelarakan sangat kan, tapi itulah, kalau makan nasi kuah banjir ni memang antara penyebab senang sangat nak naik berat. Sebab selalunya kuah ni memang penuh dengan minyak, tinggi garam dan gula.

Jadi kat situ banyak sangat kalori terlebih dan buatkan kita senang nak naik berat. Kena kawal pengambilan kuah dan jangan ambil kuah terlalu banyak untuk kesihatan jangka masa panjang kita.

4. Minum air manis semasa makan nasi

Memang ramai orang dah tahu, air manis memang antara penyebab lemak senang berkumpul dekat badan kita. Dan biasanya kalau makan di kedai ni, kebanyakan kita memang suka makan nasi dengan air manis sekali, baru best kan.

Tapi kalau tak nak berat badan kita naik dengan mendadak, memang kena kurangkan sangat minum minuman manis ni, jadi kita jimatkan pengambilan kalori kita dengan hanya minum air kosong sahaja. Bagus untuk kesihatan, lebih jimat dan bantu turunkan berat badan.

5. Kurang protein dalam hidangan

Hidangan yang lengkap dan seimbang sepatutnya perlu ada karbohidrat, protein, sayur-sayuran dan lemak baik. Antara cara salah makan nasi ialah kurang protien dalam hidangan kita, jadi buatkan kita akan rasa kurang kenyang dan nanti nak makan lagi banyak.

Biasanya kalau kita makan nasi goreng, selalu tak seimbang sebab nasi terlebih tapi protein kurang. Jadi boleh tambah seketul ayam atau telur untuk lengkapkan keperluan protein kita.

6. Makan nasi dengan makanan yang diproses

Yang ni memang patut dielakkan sangat. Makanan yang diproses ni memang bahaya, tinggi dengan lemak, garam, gula dan bahan pengawet yang bukan sahaja senang buat berat kita naik, tapi tak berapa elok untuk kesihatan jugak.

Sebaiknya hidangan nasi yang kita nak makan tu ialah nasi dari jenis beras perang, sebab lebih rendah glycemic index, lebih tinggi serat dan merupakan jenis karbohidrat kompleks. Untuk lauk pula sebaiknya dari jenis ikan atau ayam dengan cara masakan yang dibakar, direbus atau dipanggang. Dan sayur-sayur pula ialah dari jenis ulam-ulaman. Dari segi portion, boleh gunakan konsep suku-suku separuh.

Cara pastikan portion kita tidak terlebih

Kalau nak kira kalori memang susah, jadi cara yang lebih mudah untuk pastikan hidangan kita tak terlebih kalori ialah dengan kita ukur dengan tangan kita.

  • Sayur – sebesar dua tapak tangan
  • Nasi – senggengam penumbuk
  • Protein – sebelah tapak tangan
  • Buah-buahan – segenggam penumbuk
  • Lemak baik – satu ibu jari

Kalau kita boleh ikut ukuran ni, memang susah kita nak terlebih kalori dalam hidangan kita. Jadi tak perlu susah-susah nak guna apps atau semak di mana-mana website, kita boleh ukur lebih mudah dengan cara ni.

Diharap perkongsian ni membantu untuk kita enjoy makan nasi, tapi dalam masa yang sama kita boleh turunkan berat badan kita.

Ingat, nasi tak berdosa, tapi portion dan cara pemakanan tu yang menentukan.

Leave a Reply