Saya memang percaya sangat yang pemakanan kita sangat penting kalau nak turunkan berat badan. Ramai je peserta kita yang tak bersenam pon, hanya dengan jaga pemakanan je, mereka boleh berjaya turunkan berat.
Macam mana yang dikatakan jaga pemakanan?
Kalau mengikut pengalaman saya yang dah lebih 12 tahun bantu ramai orang untuk turunkan berat badan, bila kita sebut jaga pemakanan ni bermaksud kita buat defisit kalori, iaitu kita makan kurang daripada apa yang badan kita boleh bakar, dan kita makan makanan yang berkhasiat. Sebab ada je makanan yang tak sihat tapi rendah kalori.
Jadi saya nak share beberapa makanan yang boleh bantu kita dalam perjalanan nak kuruskan badan :
1. Beras Perang / Parboil
Dekat Malaysia ni memang makanan utama kita adalah nasi, dan saya mesti nak kena masukkan beras ni dalam list ni, sebab kalau kita boleh ubah yang ni, memang senang kerja sangat dah.

Beras warna putih yang kita biasa makan tu ialah beras yang telah diproses, tujuan dia ialah untuk bagi dia tahan lebih lama tapi bila diproses tu, banyak khasiat dia yang terpaksa dibuang sekali. Antara kesan dia ialah glycemic index berat putih ni lagi tinggi, jadi bila kita makan nasi beras putih ni, kita biasanya akan cepat rasa lapar balik, dan buatkan kita rasa nak makan lagi banyak.
Berbanding dengan beras perang, kandungan fiber, vitamin dan mineral dia masih tinggi lagi, jadi kita biasanya akan rasa kenyang lebih lama dan boleh elakkan kita dari rasa craving.
Beras parboil pula ialah beras yang tidak melalui proses digiling seperti beras putih. Kandungan nutrisi dia kurang sedikit berbanding beras perang tapi lagi banyak dari beras putih.
Beras parboil ni pon boleh dijadikan alternatif untuk gantikan beras putih. Boleh tengok perbezaan antara ketiga-tiga jenis beras di bawah :
Beras Parboil | Beras Putih | Beras Perang | |
Kalori | 194 | 205 | 194 |
Jumlah lemak | 0.5 grams | 0.5 grams | 1.5 grams |
Jumlah karbohidrat | 41 grams | 45 grams | 40 grams |
Fiber | 1 gram | 0.5 grams | 2.5 grams |
Protein | 5 grams | 4 grams | 4 grams |
Thiamine (vitamin B1) | 10% of the RDI | 3% of the RDI | 23% of the RDI |
Niacin (vitamin B3) | 23% of the RDI | 4% of the RDI | 25% of the RDI |
Vitamin B6 | 14% of the RDI | 9% of the RDI | 11% of the RDI |
Folate (vitamin B9) | 1% of the RDI | 1% of the RDI | 3.5% of the RDI |
Vitamin E | 0% of the RDI | 0% of the RDI | 1.8% of the RDI |
Iron | 2% of the RDI | 2% of the RDI | 5% of the RDI |
Magnesium | 3% of the RDI | 5% of the RDI | 14% of the RDI |
Zinc | 5% of the RDI | 7% of the RDI | 10% of the RDI |
2. Kekacang

Kacang seperti badam, walnut, gajus, dan pistachio memang bagus untuk bantu turunkan berat. Kacang-kacang ni biasanya tinggi protein dan lemak baik, yang memang badan kita perlukan.
Ada satu kajian yang dibuat, melibatkan wanita yang obes dan terlebih berat badan, di mana mereka ni dibahagikan kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan diberi 50g kacang badam ( almond ) sehari dalam diet mereka, dan kumpulan lagi satu tak diberi kacang tadi tu.
Selepas 3 bulan, hasil kajian menunjukkan kumpulan yang dapat kacang badan tadi tu menunjukkan penurunan berat badan yang lebih ketara berbanding kumpulan yang tak diberi kacang badam.
Dari segi ukuran pinggan, kolestrol dan kadar gula dalam darah pon menunjukkan kumpulan yang dapat kacang tu, result mereka jauh lebih baik.
Jadi kalau anda nak turunkan berat badan tu, memang digalakkan sangat untuk makan kekacang ni dalam diet kita. Tapi kena jaga portion kacang ni tau, sebaiknya tak lebih 30g sehari.
3. Yogurt

Ramai memang dah tahu tentang kelebihan yogurt untuk kesihatan kita, dan memang yogurt boleh bantu untuk turunkan berat badan sekali.
Yogurt ni tinggi protein dan kalsium, di mana protein yang tinggi ni boleh bantu untuk improve metabolisme badan kita. Selain tu, protein ni juga boleh buat kita rasa kenyang untuk jangka masa yang lama. Jadi, protein dalam yogurt ni dapat mendorong pembakaran lemak dan kalori sekaligus mengawal selera pemakanan kita yang akhirnya akan bantu kita untuk kuruskan badan.
Paling best sebenarnya yogurt ni mengadungi probiotik yang bagus untuk perut dan usus kita. Bila perut dan usus kita sihat, lagi senang nak turunkan berat badan.
Tapi kena pilih betul-betul yogurt yang bagus, sebab banyak yogurt kat pasaran ni yang sebenarnya tinggi gula, biasanya yang ada tulis fat-free atau low-fat tu, memang tinggi gula. Jadi kena baca betul-betul dulu pada bahagian label pemakanan dia sebelum beli.
4. Oatmeals
Kelebihan oat ni ialah sebab dia sangat rendah kalori tapi boleh bagi rasa kenyang yang sangat lama. Sebab oat ni sangat tinggi kandungan fiber dan protein. Sebab tu ramai yang kalau nak turunkan berat badan, memilih oats sebagai makanan mereka.
Dari segi kesihatan, banyak khasiat oat untuk kita, antaranya boleh kurangkan risiko sakit jantung, dan kanser perut.

5. Protein Shake
Protein memang satu nutrien yang sangat penting dalam proses kita nak turunkan berat badan. Banyak kajian dah dibuat, dan terbukti diet yang tinggi protein memang membantu sangat.
Antara kelebihan protein dalam nak bantu kita kurus ialah :
- Tingkatkan metabolisme
- Kawal selera makan
- Bakar lemak
- Bina otot
- Komponen penting untuk kulit dan organ

Senang cerita, memang penting sangat protein bila kita nak turunkan berat badan dan paling mudah untuk kita dapat protein yang berkualiti ialah dari protein shake.
Protein shake adalah minuman yang dibuat dari serbuk protein dan dicampur dengan air. Jadi mudah untuk kita dapat protein yang berkualiti tanpa bercampur dengan lemak atau benda-benda lain.
Serbuk protein ni pon ada macam-macam jenis, seperti whey protien, casein protein, soy protein, dan macam -macam lagi. Semuanya ada kelebihan dan khasiat masing-masing.
Antara jenis diet yang terbukti bantu ramai orang turunkan berat badan ialah bila kita gantikan sarapan kita dengan protein shake. Sebab bila kita bersarapan dengan protein shake, kadar gula dalam darah kita lebih terkawal sepanjang hari, dan mengelakkan kita dari rasa terlalu lapar atau craving sepanjang hari.
Kesan dia ialah lebih mudah untuk kita kawal pemakanan dan elakkan kita dari terlebih pengambilan kalori.
Jadi kalau nak turun berat dengan lebih mudah dan berkesan boleh cuba masukkan protein shake dalam diet seharian kita.
Harap membantu ye perkongsian saya ini. Memang banyak lagi makanan-makanan yang boleh bantu untuk turun berat, tapi secara peribadi hasil dari pengalaman saya lebih dari 10 tahun ni, ini adalah 5 makanan yang saya rasa sangat membantu mereka yang nak turunkan berat badan.
Selamat mencuba dan selamat berjaya!