Ada sejenis air ni kan, ramai yang dah cuba, amalkan dengan cukup setiap hari, dan dalam masa beberapa minggu je boleh nampak perubahan. Nak tahu ke resepi air rahsia ni?
Saya jumpa dekat facebook ada seorang ibu kepada 3 orang yang berjaya turunkan berat dia hanya dengan minum ‘air ajaib’ ni tau. Memang luar biasa sangat perkongsiaan dia.

Apa ‘air ajaib’ yang beliau amalkan sampai berjaya turun berat ni? Memang nampak lain sangat kan. Badan semakin kurus, kulit pon semakin cantik.
Air ajaib tu ialah air kosong je.
Yup beliau share yang beliau banyak minum air kosong dan cuba untuk elakkan air manis.

Macam mana air kosong ni bantu kita untuk kurus?
Air kosong ni macam minyak, dia membantu sistem metabolisme badan kita untuk bakar lemak-lemak kita. Selain tu air kosong juga bagus untuk penghadaman dan organ badan kita. Lagi best bila kita banyak minum air kosong ni, kulit pon memang akan transform, semakin flawless tau.
Beliau share, permulaan minum air kosong ni memang selalu la pergi tandas. Tapi sebenarnya lemak kita memang ada 2 jalan je nak keluar dari badan kita. Dengan berpeluh atau buang air kecil.
So lagi banyak kita berpeluh atau buang air kecil ni, lagi banyak lah lemak keluar. Korang nak berpeluh banyak ke nak pergi kencing banyak?
Berapa liter nak kena minum sehari?
Kalau ikut pakar diet dan nutrisi, setiap 25kg badan kita memerlukan 1 Liter air kosong sehari.
Maksudnya kalau orang yang berat 50kg, perlukan minimum 2 Liter sehari.
Tu minimum untuk badan kita berfungsi pada tahap optimum.
So lepas ni kalau korang nak turun berat badan dengan cepat, nak kurus cepat, kena keep track lah sikit berapa liter korang minum sehari.
Pastikan at least capai keperluan minimum tu.
Nak kurus dengan mudah
Ramai yang selalu cari cara canggih nak kuruskan badan. Tapi cara yang mudah macam minum air kosong dengan banyak ni ada je. Bagus pulak tu untuk kesihatan.
Tapi suka saya nak ingatkan lagi sekali, basic kepada nak kuruskan badan ni. Sentiasa ingat iaitu defisit kalori.
Bila kita minum air kosong dan elak dari air manis ni, memang kita jimat banyak sangat kalori. Nama pon air kosong, maksudnya KOSONG kalori. Air manis tu memang selalunya lebih 100kcal.
Tapi pemakanan lain pon kena jaga juga. Jangan pulak harap kat air kosong and then makan semua main hentam je kan. Susah jugak nak turun.
Tapi kalau kita tukar dari selalu minum air manis, kepada minum air kosong je, memang membantu sangat kalau korang nak kuruskan badan dengan mudah dan cepat.
4 Saranan minum air untuk turunkan berat badan
1. Minum air putih sekurang-kurangnya dua gelas sebelum makan.
2. Setiap kali perut rasa lapar, minum dulu air kosong. Kalau dalam jangka masa 10 minit rasa lapar tu masih ada, itu tandanya badan korang memang memerlukan makanan so makan tapi dalam jumlah yang sedikit. Tapi kalau rasa lapar itu hilang lepas 10 minit, tu maksudnya korang dahaga je, bukan lapar pon.
3. Boleh jugak letak sikit perahan lemon kat air kosong tu untuk menyahtoksik badan korang.
4. Boleh juga campurkan sedikit hirisan halia dalam campuran air putih dan lemon tadi sebab elok untuk buang angin dalam badan.
Semoga berjaya ye. Harap bermanfaat.