Thanks sangat sebab sudi singgat di website kami. Tujuan website ni dibuat ialah untuk menjadi sumber dan platform untuk support mereka yang nak turun berat.
Kami faham nak turun berat ni bukannya satu proses yang mudah dan journey nak kuruskan badan ni lagi senang kalau ada support yang betul. Sebab tu diharap website ni dapat membantu dengan ilmu turun berat yang betul, motivasi dari mereka yang dah berjaya dan tools-tools percuma yang kami sediakan untuk korang.
Siapa kami?
Saya Iman, bersama isteri saya Yana, passion kami memang dalam bidang fitness, weight loss dan amalan gaya hidup sihat.

Tahun 2015, kami ada buka satu fitness studio di Bandar Baru Bangi, dan alhamdulillah kat situ jadi macam satu pusat komuniti untuk mereka yang nak amalkan gaya hidup sihat.
And then kami terfikir, why not untuk reach lebih ramai orang? Sebab ramai sangat orang yang perlukan bantuan dan sokongan untuk kuruskan badan. Dan kami nampak platform online salah satu cara paling efektif untuk reach out to more people.
Kami ada buat satu group eksklusif di Facebook, group GENG NAK KURUS, untuk kita sama-sama support each other untuk mereka yang nak turunkan berat badan. So dalam group ni kita akan share tips, motivation dan akan saling bagi semangat kat each other. Setiap minggu kita akan track progres ahli dalam group dan ada special hadiah mingguan. Boleh join group ni kalau korang komited nak dapatkan result k.
Di harap segala konten dalam website ni akan menjadi manfaat kepada korang dan semoga berjaya!