You are currently viewing Penyanyi Adele Dah Kurus? Macam Mana Dia Buat

Penyanyi Adele Dah Kurus? Macam Mana Dia Buat

  • Haritu Adele sambut harijadi dia yang ke 32 pada 5 May 2020.
  • Adele kongsi gambar terbaru dia di Instagram. 
  • Ramai yang terkejut sebab dia nampak lain sangat sekarang.

Adele yang merupakan seorang penyanyi, penulis lagu dan juga penghibur yang berjaya. Saya memang suka lagu – lagu dia, memang best, suara dia pon bagi saya antara penyanyi yang power sangat suara dia. Adele antara salah satu bukti yang menunjukkan kalau kita ada bakat dan work really hard untuk impian kita, orang tak kisah pon tentang paras rupa or fizikal kita macam mana. Orang akan appreciate kita atas usaha kita.

Tapi baru baru ni, Adele kongsi gambar terbaru dia kat Instagram, dan satu dunia terkejut dengan perubahan dia sekarang :

Pendedahan tu dikukuhkan lagi dengan IG stories oleh kawan dia :

Ada sumber mengatakan yang Adele dah turun lebih 20kg dan memang nampak perubahan ketara kat tubuh badan dia.  Dan dikhabarkan yang dia amalkan sejenis diet yang dipanggil Sirtfood Diet – katanya dia dah amalkan diet ni dari tahun 2016 lagi.

Turun berat : Apakah dia Sirtfood Diet yang Adele buat ni?

Saya pon cuba la mengkaji tentang Sirtfood Diet ni.  Memang berkesan sangat ke diet ni dan apa kelebihan diet ni berbanding diet-diet lain?

Menurut diet ni, ada beberapa jenis makanan yang dipanggil ‘ Sirtfoods ‘, dimana makanan makanan ni akan aktifkan protein ‘Sirtuins’ dalam badan kita. Protein ni bantu regulate tahap stress kita,  inflammation dan juga mengawal proses penuaan. Dan paling penting, protein ni juga bantu boost metabolisme badan kita, so akan bantu bakar kalori dan lemak dengan lebih bagus.

Antara makanan- makanan yang dipanggil Sirtfoods ni ialah :

  • Teh hijau
  • Apple
  • Kunyit
  • Chocolate 
  • Soya
  • Olive oil
  • dan coffee

Diet ni gabungkan pemakanan sihat dan pengawalan kalori, tak boleh lebih dari 1000kcal sehari, dimana proses ni akan tingkatkan lagi penghasilan Sirtuins yang lebih tinggi dalam badan.

Pengasas diet ni claim yang kalau kita follow diet ni, akan bantu kurangkan berat badan tapi dalam masa yang sama maintain muscle mass kita, dan lindungi kita dari penyakit penyakit kronik

Kalas betul lah ni diet yang Adele follow, memang tak dinafikan yang diet ni memang berkesan. Yelah Adele sendiri buktikan yang dia berjaya kurus dengan diet ni. 

Tapi bagi saya kalau kita tengok makanan makanan yang dipanggil Sirtfood ni pon kita tengok semua yang berasaskan tumbuh tumbuhan dan kita dah tahu yang makanan berasaskan tumbuh tumbuhan ni memang bagus dan menyihatkan. Diet ni juga perlukan kita untuk kawal kalori, bukanya boleh makan sukahati kita je.

So macam yang saya selalu share sebelum ni, basic diet ni sama je iaitu kalori defisit dan pemakanan sihat. Tak kita apa jenis diet pon, mesti kena ada kalori defisit ni, sebab memang tu je kunci nak turunkan berat badan.

Bagi saya Sirtfood diet ni agak ekstrem sebab tak boleh lebih 1000kcal sehari, dan  kalau jenis extreme diet macam Sirtfood diet memang tak digalakkan sangat sebab kalau kita buat diet ekstrem macam ni, biasanya 1 minggu pertama tu yang turun banyak ialah dari air,otot dan glycogen. Lemak turun sikit je. Nanti lepas beberapa minggu, tengoklah mesti berat naik balik, so diet ni tak tahan lama.

Tapi biasalah, pengaruh selebriti ni memang powerful, dan ramai yang mula nak ikut trend diet ni dan dapatkan hasil macam Adele.

Saranan saya back to basic, jaga pemakanan dan rajin bersenam. Dan setakat ni takde lagi orang yang gagal nak turun berat atau kuruskan badan ni. Yang ada cuma orang yang give up. So teruskan dengan konsisten, pasti korang pon boleh jugak.

Leave a Reply