You are currently viewing Nak Kurus Di Bulan Puasa? Elakkan Menu Sahur & Berbuka Ni

Nak Kurus Di Bulan Puasa? Elakkan Menu Sahur & Berbuka Ni

Bulan Ramadhan adalah bulan mulia di mana kita diperintahkan berpuasa untuk menjadikan diri kita lebih bertakwa. Memang berpuasa boleh bantu kita untuk kurus tapi kena betulkan niat tau. Korang jangan lah niat puasa tu sebab nak turunkan berat badan. Penat je nanti puasa, dapat lapar dan dahaga je.

Tapi dalam masa kita niat untuk menjadi orang yang lebih bertakwa, tak dinafikan berpuasa ni memang bagus untuk kesihatan.

Dan sangat membantu untuk mereka yang nak turunkan berat badan.

Alang-alang ambil peluang masa berpuasa ni, korang jagalah pemakanan korang, dapatkan kesihatan yang lebih baik, dan berat yang lebih ideal.

So saya nak share beberapa menu ni, yang korang kena elakkan kalau betul-betul komited nak kurus di bulan puasa ni.

SAHUR

Benda pertama yang korang kena elakkan ialah makanan yang sangat tinggi garam. Biasanya makanan yang penuh dengan sos, kicap dan perasa ni memang tinggi garam.

Sebab garam yang terlalu banyak akan senang buatkan badan kita dehydrated sewaktu berpuasa.

Satu, of course kita akan rasa dahaga je sentiasa and yang kedua kekurangan air dalam badan akan buatkan sistem metabolisme kita tak berapa efisien nanti untuk bakar kalori.

So kalau korang masa sendiri tu, kurangkan lah garam dalam masakan dan cuba lah elakkan makanan yang penuh dengan kicap, sos dan perasa. Sikit-sikit ok je.

Apa yang korang kena banyakkan makan ialah makanan yang tinggi fiber, macam sayur-sayur, buah-buahan dan wholegrains macam oats tu.

Buatkan kita rasa kenyang lebih lama dan tinggi dengan zat dan nutrisi.

BERBUKA

Time berbukan ni memang susah nak cakap lah, sebab time ni tahap nafsu makan dan minum kita tengah memuncak kan. Tengok makanan yang sedap-sedap tu rasa nak makan je semua.

Sepatutnya waktu berbuka ni kalau boleh memang elakkan lah menu yang tinggi gula, macam air manis, kuih-kuih, kek dan lain-lain tu. Yang manis-manis tu semua korang pon tahu kan, tak berapa bagus kalau nak kurus tapi nak mengelak tu memang susah.

Apa yang saya boleh advise ialah cuba kawal pengambilan tu. Contoh kalau kek, instead of korang makan satu slice, just ambil 1/3 cukuplah. Niatkan just untuk rasa je. Bukan untuk penuhkan nafsu kehendak kita.

Air manis kalau boleh elak, cubalah elak. Air kosong yang sejuk pon dah cukup untuk hilangkan dahaga kita.

Jom kita cuba sama-sama improve tabiat pemakanan kita. Actually ini pon salah satu ujian dalam berpuasa, dan proses nak membina ketakwaan kepada Allah S.W.T, di mana kita menahan diri kita dari sesuatu yang berpotensi untuk memudharatkan kita.

Semoga tahun ni, kita semua menjadi orang yang lebih baik ye.

Leave a Reply