You are currently viewing Kenali Jenis Tubuh Badan Yang Mudah Nak Turun Berat

Kenali Jenis Tubuh Badan Yang Mudah Nak Turun Berat

Korang ada tak kawan jenis yang nampak dia tu makan banyak, tapi maintain kurus je. Korang pulak maybe jenis yang terlebih makan sikit je, terus naik berat. Rasa geram je kan bila tengok macam tu.

Menurut kajian, jenis tubuh badan kita ni boleh dikategorikan kepada 3 jenis. So kalau kita tahu jenis-jenis ni, baru kita senang nak faham, kenapa ada orang yang senang betul nak naik berat, ada pulak yang effortless je maintain kurus.

Dan kalau kita faham jugak yang kita ni kategori yang mana, so senang lah untuk kita plan, diet mana yang sesuai untuk kita, workout mana yang paling bagus untuk kita buat, baru lagi efisien proses kita nak kurus tu.

3 Jenis Tubuh Badan

In general, ada 3 kategori jenis badan ni iaitu :

  • Endomorph
  • Mesomorph
  • Ectomorph

Korang jenis yang mana satu? Haa nanti sekejap lagi kita akan tengok. Jenis badan kita ni bergantung pada gaya hidup kita, sejarah, aktiviti yang kita buat dan genetik kita jugak tapi tak bermaksud korang terikat selama-lamanya dengan jenis ni, ianya boleh berubah dan semuanya bergantung kepada faktor-faktor kat atas tu.

Maksudnya mungkin sekarang ni korang ectomorph, berdasarkan gaya hidup korang yang dah berbelas tahun sebelum ni, tapi kalau korang tukar cara pemakanan dan gaya hidup korang, lepas beberapa tahun boleh jadi akan bertukar jadi mesomorph pulak.

Ectomorph

Ectomorph ni jenis badan yang kurus dan orang yang badan ectomorph ni biasanya rasa susah sangat nak naik berat. Kadang-kadang makan banyak dah tapi susah nak naik. Kalau tiba-tiba sakit atau terkurang makan sikit je pon, laju je turun berat.

Ectomorph ni biasanya jenis yang panjang, kurus dan otot yang sedikit. Kalau berjaya naikkan berat pon, still nampak kurus especially dekat bahagian betis dan forearms.

Kalau orang badan ectomorph ni nak naikkan berat, memang kena makan banyak sangat dan dalam masa yang sama kena buat senaman yang bina otot.

Mesomorph

Mesomorph ni pulak jenis badan yang ada ciri – ciri ni : bahu yang lebih lebar berbanding pinggang, macam v-shape untuk lelaki, perempuan nampak curve, otot lebih besar, lemak sederhana je.

Biasanya jenis badan mesomorph ni nampak lebih fit. Tapi adakah bermaksud korang boleh tak buat apa-apa, makan ikut suka tapi boleh maintain macam tu je. Mesomorph ni jenis yang senang nak naik tapi kalau dia nak turun tu pon tak berapa susah sangat.

Kalau korang ada kenal orang yang sekejap nampak dia berisi, sekejap lagi jumpa dia nampak kurus pulak, sekejap naik, sekejap turun berat, yang tu jenis mesomorph lah tu.

Endomorph

Endomorph pulak jenis badan yang senang sangat nak naik, tapi nak turun tu alahai susahnya. Rangka badan mereka secara keseluruhan lebih besar, tulang rusuk lebih besar, pinggul yang lebar, dan anggota badan macam lengan, betis, peha tu lebih pendek.

Otot endomorph ni tinggi, tapi lemak pon tinggi jugak. Dan kalau nak turunkan berat tu memang struggle sikit, memang perlukan masa dan perubahan gaya hidup yang sangat besar.

Korang jenis badan yang mana?

So rasanya korang dah ada idea kot korang jenis yang mana kan berdasarkan description kat atas tu. Tapi kalau nak lebih kepastian boleh tengok beberapa ciri dan kriteria ni.

BAHU / DADA

  • Lebih lebar dari pinggang – Mesomorph
  • Sama dengan pinggang – Ectomorph
  • Kurang lebar dari pinggan – Endomorph

KALAU PAKAI SELUAR

  • Ketat bahagian peha – Endomorph
  • Longgar – Ectomorph
  • Biasa je – Mesomorph

FOREARMS ( Tangan )

  • Kecil – Ectomorph
  • Sederhana – Mesomorph
  • Besar – Endomorph

UKURAN PERGELANGAN TANGAN ( Ukur guna jari tengah dan ibu jari tangan lagi satu )

  • Tak bersentuhan – Endomorph
  • Sentuh sedikit – Mesomorph
  • Overlap – Ectomorph

Ni sedikit sebanyak ukuran-ukuran yang korang boleh tengok untuk tahu korang jenis badan yang mana. So dah boleh dapat kepastian jenis badan korang?

Bila dah tahu, so senang untuk korang rangka pelan dan strategi untuk turunkan berat badan korang, dan jangan rasa stress kalau rasa susah nak turunkan berat. Tu bermaksud korang jenis endomorph dan hanya perlukan extra masa dan effort sikit. Bukannya tak boleh langsung untuk kurus.

Lagi sekali saya ingatkan, kalau korang jenis badan macam apa pon, bukan selama-lamanya macam tu. Ianya boleh diubah berdasarkan gaya hidup, pemakanan, dan aktiviti yang kita buat.

Jadi rancang sebaik mungkin dan saya doakan korang berjaya ye.

Leave a Reply