Ramai yang tanya Yana apa diet terbaik untuk senang turunkan berat badan?
Ada yang cuba buat diet IF, diet atkins, diet IU, keto dan macam2 lagi la jenis nama diet.
Tapi dari pengalaman Yana sepanjang lebih 12 tahun bantu ramai orang nak turunkan berat ni, Yana dapat jumpa formula diet terbaik untuk senang kurus.
Diet terbaik untuk senang kurus ialah diet yang kita tak rasa macam kita tengah diet. Maksudnya diet yang kita enjoy, tak menyeksa kita dan diet tu jadi gaya hidup dan tabiat kita.
Sebab tu tak perlu ekstrem sangat dalam nak berdiet ni dan buat perkara yang dalam kemampuan kita baru lah senang nak buat dalam jangka masa yang panjang. Nak turunkan berat memang perlukan masa.
Kita nak naik berat pon ambil masa bertahun tahun kan, bukanya sehari dua terus jadi berisi 😊 same goes bila nak turunkan berat.
Harap membantu ye sharing Yana ni. All the best 😁