Memang ramai yang stress dengan masalah berat badan kan, mungkin anda dah cuba beberapa cara tapi masih tak jumpa dengan cara kuruskan badan yang betul-betul berkesan, jadi kali ni saya nak kongsikan cara kuruskan badan hasil dari pengalaman saya lebih 12 tahun bantu ramai orang untuk turunkan berat dengan lebih cepat, mudah dan berkesan.
Terlebih dahulu, saya nak bagi intro sedikit tentang diri saya, memang passion saya untuk bantu orang turunkan berat badan, tukar gaya hidup ke arah lebih sihat, dan improve life mereka melalui kesihatan dan berat yang lebih ideal. Saya inspired dengan mak saya, bila tengok macam mana hidup dia berubah lepas dia start untuk turunkan berat badan, dan akhirnya dia berjaya turun lebih 20kg.
Kalau sebelum tu, kesihatan dia tak berapa ok, selalu stress, cepat penat, dan selalu rasa tak happy, lepas dia ubah pemakanan dia, start aktif, memang berubah sangat dan saya sangat happy tengok perubahan tu.

Lepas tu, saya terus rasa nak bantu lebih ramai orang especially perempuan untuk improve life mereka dengan ubah gaya hidup sihat dan capai berat ideal mereka. So, itulah cerita saya dan semenjak tu, memang dah beribu-ribu kilo saya bantu untuk turunkan dan alhamdulillah ramai yang berjaya untuk kuruskan badan mereka.
Cara Kuruskan Badan
Selalunya memang ramai yang mencari-cari “rahsia” atau “magic” untuk turunkan berat dengan mudah, dan saya nak share 2 “rahsia” yang kalau anda buat ni, memang confirm senang sangat nak kuruskan badan dengan mudah dan cepat. Nak tahu apa 2 rahsia tu?
- Jaga pemakanan
- Bersenam dengan kerap
Haaa, takde lah rahsia sangat kan, hehe rasanya memang semua orang tahu dah apa yang nak kena buat untuk turunkan berat badan ni, iaitu jaga pemakanan, dan bersenam selalu. Kalau fokus 2 ni, buat betu-betul, memang confirm senang nak kurus.

Tapi kenapa ramai yang struggle dan rasa susah nak turunkan berat badan ni?
Saya ambil masa yang lama juga untuk dapat jawapan kepada soalan dan permasalahan ni.
Sebab sebenarnya, selama saya bantu dan coach orang untuk turunkan berat badan ni, tak pernah lagi saya jumpa orang yang gagal atau tak berjaya nak turunkan berat, yang ada hanyalah mereka yang give up atau berputus asa sahaja. Selagi mana anda tak give up, mesti akan berjaya turunkan berat.
Jadi masalah sebenar ialah bukannya susah nak turunkan berat, tapi susah untuk kekal konsisten, komited dan disiplin dalam proses nak kuruskan badan ni. Betul kan?
Saya nak share beberapa cara kuruskan berat badan yang dah lebih 12 tahun saya guna untuk bantu ramai orang turunkan berat badan :
1. Tukar mindset untuk ubah gaya hidup – selama- lamanya.
Antara satu kesalahan yang ramai orang buat dalam nak turunkan berat ni ialah mereka rasa proses ni macam satu fasa, atau ada tempoh masa. Pernah dengar tak kalau ada kawan kita yang nak kurus cakap macam ni ?
“Ok, aku nak cuba turunkan berat dalam masa 6 bulan ni, tak nak makan nasi, tak nak minum air manis, and then lepas tu bila aku dah kurus, aku boleh makan apa yang aku suka”

Memang susah nak berjaya macam tu. Proses nak turunkan berat ni sebenarnya satu proses kita tukar gaya hidup kita, untuk selama-lamanya sampai bila-bila.
Maksudnya kita nak jadikan semua tu satu habit, satu tabiat.
Sebab tu saya tak galakkan buat diet yang terlalu ekstrem, contohnya macam tak makan nasi langsung, tak minum air manis langsung, sebab benda-benda ni semua susah untuk kita buang dari hidup kita.
Nak makan kek manis yang kita suka tu, boleh je makan, tapi 2 minggu sekali ke, atau air teh boba tu, seminggu sekali ok je kalau nak minum. Kita kena buat diet yang sustainable. Yang kita boleh buat untuk selama-lamanya. Yang tak stress kan kita.
Sama macam bersenam, kalau kita awal-awal start, terus buat senaman yang terlalu berat untuk kita, nanti kita akan rasa tak enjoy nak buat dan next time kita nak buat tu, kita mula dah rasa berat. Bila kita ada mindset nak ubah gaya hidup kita ni selama-lamanya, buat senaman yang kita enjoy, dan kita tahu kita boleh buat dengan kerap tanpa kita rasa stress. Start dengan yang senang-senang je dulu, tapi buat secara konsisten dan gradually kita akan improve.
Jadi betulkan dulu mindset anda. Ingat ni proses tukar gaya hidup, bukannya ada satu tempoh masa yang kita perlu kejar.
2. Betulkan hubungan kita dengan makanan
Ada satu mitos bila kita nak turunkan berat badan ni, iaitu kita kena berlapar kalau nak kurus. Sampai bila kita nak kena berlapar dan seksa diri untuk kurus? Kalau nanti dah dapat berat ideal, rasa-rasa boleh maintain ke berat badan tu?
Sebab tu sebenarnya nak kurus ni tak perlu berlapar pon. Tak perlu seksa diri. Ada cara yang lebih bagus untuk kita turun berat dengan lebih mudah tapi sihat untuk jangka masa yang lebih lama?
Macam mana caranya?
Hanya perlu betulkan hubungan kita dengan makanan.
Apa tujuan kita makan?
Tujuan kita makan adalah untuk bekalkan tenaga dan nutrien kepada badan kita, supaya badan kita boleh berfungsi untuk perkara-perkara asas untuk hidup seperti bernafas, tumbesaran, imunisasi dan macam-macam lagi. Tenaga dari makanan ni kita ukur dalam unit kalori ( kcal ).

Tapi sekarang yang jadi masalah, hubungan kita dengan makanan ni dah bertukar, kita makan bukan je sebab untuk dapat keperluan asas tadi tu tapi lebih kepada :
- Psikologi – Ada masa kita makan sebab kita bosan, tak buat apa jadi kita isi masa dengan makan, atau kita terpengaruh dengan trend atau promosi sesuatu makanan tu, dan ada juga yang makan sebab stress.
- Sosial – Kita pergi mana-mana acara, atau lepak dengan kawan, kita tak lapar dan tak perlu makan pon, tapi sebab orang lain makan, kita pon rasa kita kena makan.
- Habit – Bila dari kecil kita dah terbiasa dengan rutin makan sarapan, lunch, dinner dan lain-lain, selalu kita makan sebab rutin, kita rasa eh ni dah masuk waktu makan ni, jadi kena makan, walaupon kadang-kadang kita tak perlu makan pon waktu itu.
Disebabkan perkara-perkara ini, selalu kita makan lebih dari yang badan kita perlukan. Dan bila kita makan lebih dari yang diperlukan, lebihan kalori ini akan disimpan sebagai lemak dalam badan kita.
Jadi kalau nak turunkan berat badan, konsep asas dia sememangnya ialah DEFISIT KALORI. Apa sahaja jenis diet, teknik atau cara nak turunkan berat badan, mesti tak lari dari konsep asas defisit kalori ni.
DEFISIT KALORI = Kita makan kurang dari apa yang badan kita perlukan.
Kalau kita terlebih makan, badan kita akan simpan lebih tenaga tadi tu sebagai lemak. Tapi kalau kita makan kurang, kita akan gunakan simpanan lemak tadi tu sebagai tenaga, jadi selepas beberapa waktu, lemak tadi tu akan hilang dari badan kita.
Tapi kalau kita kurangkan makan, maksudnya kita kena berlapar ke?
Tak semestinya. Ada 2 cara yang kita boleh buat untuk pastikan kita buat defisit kalori tapi tak menyeksakan kita sampai kena terlalu berlapar :
- Kita kena pilih makanan yang bagi kalori yang mencukupi tapi mengenyangkan. Contoh makanan tu boleh tengok di sini.
- Pastikan kita makan / minum setiap 4 jam sekali.
Nak kena kira kalori ke setiap kali makan ?
Tak perlu pon. Susah nak kena kira kalori ni, mungkin seminggu pertama kita rajin nak kira kalori, tapi lepas tu mesti kita rasa malas dah. Ingat, kita nak buat proses tukar gaya hidup ni selama-lamanya, jadi kita kena buat cara yang mudah dan kita tak rasa menyusahkan kita.
Yang paling mudah ialah kita hanya perlu kawal portion hidangan kita sahaja. Kita sendiri boleh tahu bila kita terlebih makan. Kalau kita ikut cara kawal portion ni, mesti tak kan terlebih makan :

Ni portion untuk satu hidangan, maksudnya bila kita nak makan contohnya makan tengah hari, dalam pinggan kita tak boleh lebih dari ukuran tangan tu. Contoh lain kita boleh tengok dalam gambar ni :

Macam mana nak tahu berapa keperluan kalori kita sehari ? Boleh kira di sini – KIRA KEPERLUAN KALORI SEHARI.
Jadi betulkan hubungan kita dengan makanan. Ingat yang kita makan untuk hidup, bukannya hidup untuk makan. Elakkan makan sebab bosan, stress tapi sentiasa peka dengan pemakanan kita tu.
Tak perlu strict sangat dalam bab diet ni, maksudnya kalau teringin nak makan makanan yang kita tahu tak berapa bagus dalam usaha kita nak turunkan berat, boleh je makan sekali sekala, yang penting kita kawal portion dia supaya tak langgar defisit kalori tadi tu. Tapi sekali sekala tau, bukannya selalu. Jangan jadikan ni alasan untuk kita makan sesuka hati kita.
Yang terbaik ialah kita sentiasa pilih makanan yang sihat, seimbang dan cukup segala keperluan nutrien yang badan kita perlukan. Bukan je lagi senang nak turunkan berat, tapi untuk kesihatan jangka panjang kita juga.
Saya rasa tak perlu nak explain makanan apa yang bagus dan tak bagus untuk turunkan berat badan ni, sebab semua orang biasanya tahu je apa yang bagus dan tak bagus, betul kan.
3. Senaman bukan satu bentuk hukuman
Macam yang saya cakap sebelum ni, nak turunkan berat badan, konsep asas dia ialah defisit kalori. Dan bersenam pon membantu sebab bersenam ni membakar kalori.
Memang banyak kelebih bersenam, semua orang pon tahu, dan satu yang saya nak highlight kat sini ialah bersenam ni boleh bantu mengawal selera pemakanan kita.
Nak bersenam memang bukan mudah, sebab kita nak paksa badan kita keluar dari zon selesa kita, sebab tu penting untuk kita jadikan senaman tu sesuatu yang kita enjoy dan suka.
Ramai yang jadikan senaman ni sebagai satu bentuk hukuman. Contohnya kita rasa eh semalam aku dah terlebih sikit makan, so hari ni nak kena jogging lah. Ataupon kita tengok progres kita macam tak berapa ok, jadi kita pon cakap ok hari ni aku nak kena bersenam lebih sikit.

Bila kita treat senaman macam satu bentuk hukuman, macam mana kita nak enjoy? Betul tak?
Ada ke orang yang enjoy atau suka bila dihukum atau didenda?
Sebab tu stop jadikan senaman sebagai satu hukuman kepada diri kita. Jadikan senaman tu sebagai satu aktiviti yang kita tahu boleh bagi banyak benefits kepada diri kita.
4. Persekitaran lebih kuat dari willpower kita
Percayalah, sekuat mana pon keinginan kita untuk turunkan berat badan, susah untuk kita lawan dengan persekitaran kita.
Apa tu persekitaran kita ?
Persekitaran kita ialah ruang kita, contohnya dapur, rumah kita, ofis kita dan juga orang-orang di sekeliling kita, pasangan kita, keluarga dan juga kawan-kawan kita.
Saya bagi contoh, kalau anda sedang dalam proses nak turunkan berat badan, anda cuba jaga makan, dah start bersenam sikit-sikit, tapi setiap hari makan tengah hari, anda makan dengan kawan anda yang makan tak ingat dunia, lepas makan tengah hari tu, dia akan beli kek ke, atau donut, mula-mula mungkin anda boleh lagi nak tahan dan terpengaruh dengan dia, tapi agak-agak lepas 2-3 minggu macam mana jadinya?
Lagi satu contoh saya nak bagi, anda memang dah start jaga pemakanan, elakkan dari makan yang tak elok, tapi dekat dapur anda masih penuh lagi dengan makanan-makanan yang tak membantu anda untuk turunkan berat badan, agak-agak nanti lepas 1-2 minggu, anda akan mula makan balik tak makanan-makanan tu?
Chances memang anda akan kecundang nanti. Sebab tu ramai yang cakap mereka rasa struggle nak turunkan berat badan, biasanya sebab mereka tewas dengan persekitaran mereka.
Sebaiknya kalau anda memang serius dan komited nak turunkan berat badan, mulakan dengan betulkan dulu persekitaran anda. Bila kita dah betulkan persekitaran kita, memang jauh lagi mudah perjalanan kita nak turunkan berat badan.
Persekitaran terbaik untuk kuruskan badan
Pertama sekali, bersihkan dulu ruang dan kawasan dapur dan kabinet anda. Pastikan penuh dengan makanan-makanan dan benda yang akan bantu kita untuk turunkan berat. Tukar segala benda yang tak membantu kita. Jauhkan dan elakkan dari pandangan kita. Bila kita tak nampak, susahlah kita nak terpengaruh kan.

Kalau sebelum ni peti ais kita penuh dengan all junk food yang mengemukkan kita, tukar dengan makanan-makanan sihat yang akan bantu kita kurus.
Makanan-makanan yang dalam kabinet dapur kita, dekat meja ofis kita, atau pantri kita pon kena betulkan. Ni memang cara kuruskan badan yang sangat berkesan untuk bantu kita tak terkeluar dari landasan.

Yang kedua nak kena betulkan ialah orang-orang di sekeliling kita.
Kena bagitahu pada pasangan anda, atau keluarga atau kawan-kawan rapat kita yang kita tengah berusaha nak ubah gaya hidup dan nak kuruskan badan, kerana mereka ni yang akan banyak mempengaruhi kita.
Jadi bila kita bagitahu tu, diharap supaya mereka boleh bagi sokongan dan faham situasi kita yang sedang nak kuruskan badan ni.
Elakkan untuk selalu keluar atau melepak dengan orang-orang yang anda tahu tak akan membantu anda, malahan yang akan buatkan anda terkeluar dari landasan nak turunkan berat badan. Yang ni lagi lah kena jauhkan. Bukannya nak membenci diorang atau nak putuskan hubungan, cuma kita kena hadkan sedikit supaya kita tak mudah tewas dengan persekitaran kita.
Banyakkan spend masa dengan mereka yang kita tahu akan bantu kita capai matlamat kita, contohnya kawan-kawan yang rajin bersenam, yang suka jaga makan juga, dan yang nak turunkan berat badan juga.
Bila mana kita dah betulkan persekitaran kita ni, percayalah memang senang sangat perjalanan nak kuruskan berat badan kita ni.
5. Berseorangan memang susah
Nak turun berat sorang-sorang bukannya tak boleh, boleh je, tapi kalau ada kawan atau geng, memang akan jadi jauh lebih mudah.
Macam yang saya cakap awal-awal tadi, masalah utama kita sebenarnya bukannya tak tahu macam mana nak turunkan berat badan, mostly kita tahu je apa yang perlu dibuat, tapi nak kekal konsisten, komited dan semangat tu yang mencabar.
Tapi kalau kita ada kawan yang sama-sama dengan kita, memang kita akan rasa lebih best dan lebih mudah untuk konsisten, komited dan semangat tadi tu.
Cara kuruskan badan sama-sama dengan kawan
Paling mudah ialah kita ajak kawan atau keluarga kita yang memang kita tahu memang nak kuruskan badan jugak. Kita boleh ajak beberapa orang dan buat satu group whatsapp.
Dalam group tu kita akan update progress kita, aktiviti kita, apa yang kita makan dan semua perkara yang berkaitan kita nak turunkan berat badan ni.
Boleh kongsi juga kata-kata semangat atau motivasi setiap hari, untuk bantu semua dalam group tu untuk sentiasa bersemangat. Boleh juga share cara-cara kuruskan badan atau senaman yang semua orang dalam group boleh amalkan.

Jadi ini adalah beberapa tips yang saya selalu buat untuk bantu ramai orang turunkan berat badan dengan lebih mudah dan berkesan.
Anda boleh cuba dan yang paling penting ialah mula buat tindakan.
Perjalanan nak turunkan berat ni memang ada turun naik dia, bukannya sentiasa turun je, tapi yang penting kita kena konsisten dan disiplin dan yakin kita akan capai matlamat kita. Semoga berjaya!