Ni antara soalan yang selalu ramai orang tanya pada saya, berapa lama diperlukan untuk kurus? Memang kita kalau boleh nak hari ni start, esok terus kurus kan, tapi realitinya memang nak turun berat ni perlukan masa.
Cuba kita tengok balik, kita nak naik berat tu pon ambil masa yang lama jugak kan, bukannya hari ni kita makan banyak, esok terus gemuk. Sama je, ada proses dia, kita makan, makan dan makan, sampai satu tahap kita sedar-sedar je, eh baju lama kita dah tak muat. Kita pon rasa dah tak bertenaga macam dulu. Tak perasan pon kan bila kita naik berat ni.
Memang banyak faktor penyebab untuk kita turunkan berat ni, antaranya ialah apa yang kita makan, berapa berat kita sekarang, jadual tidur kita macam mane, senaman yang kita buat dan macam-macam lagi la.
Tapi persoalan yang kita nak tahu sekarang ni, berapa berat yang kita boleh turun dalam masa 1 minggu?
Kalau menurut Dr Lauren Slayton, pakar Obesity Research dari New York, turun 0.5 – 1 kg berat dalam masa seminggu adalah cara yang sihat untuk turunkan berat. Dan memang kebanyakan doktor, pakar nutrisi dan dietitian juga memang bersetuju, untutk penurunan berat badan yang sihat ialah dalam lingkungan 0.5 – 2 kg sahaja seminggu.
Apa yang sebenarnya hilang bila kita turun berat badan?
Badan kita ni secara komposisinya terdiri dari 3 jenis komponen utama iaitu air, otot dan lemak. Bila kita cakap nak turun berat badan ni, yang kita nak fokuskan ialah kita nak turun lemak.
Biasanya yang turun pada minggu pertama ialah air, dan kemudian baru otot dan lemak. Selalu memang lemak yang paling susah nak turun sebab badan kita memang cenderung untuk simpan lemak sebagai bekalan tenaga.
Berikut adalah perkongsian dari FB Ibnu Abdullah berkaitan pembakaran lemak :
BAGAIMANAKAH KITA MEMBAKAR LEMAK DENGAN LEBIH EFEKTIF?
Kita bersenam pada intensiti rendah, pace perlahan, macam mana nak bakar lebihan lemak yang bertahun-tahun kita ternak?
APAKAH PEMBAKARAN LEMAK?
Pembakaran lemak adalah keupayaaan badan kita mengoksidasi (membakar) lemak dan menggunakan lemak sebagai bahan bakar (dan bukannya karbohidrat). Ia merupakan proses aerobik – lemak dipecahkan dengan bantuan oksigen. Fakta: 84% pembakaran lemak melalui pembebasan karbon dioksida, manakala selebihnya 16% air (urin dan peluh) keluar daripada badan.
BILAKAH KITA MEMBAKAR LEMAK?
Badan menggunakan simpanan lemak dan karbohidrat sebagai bahan bakar dalam semua jenis aktiviti.Namun, peratusan tenaga daripada lemak sama ada menjadi lebih tinggi atau lebih rendah bergantung pada jenis aktiviti. Amnya, lemak lebih banyak dibakar: *ketika aktiviti fizikal intensiti rendah.*ketika aktiviti lebih lama(endurance zone) – semakin lama aktiviti, semakin tinggi peratusan lemak terbakar.Contohnya: berjalan kaki, jogging, simplified burpees, low impact circuit training/body weight atau berbasikal.
CARA MEMBAKAR LEBIH LEMAK KETIKA JOGGING
Anda membakar lemak dengan optimum sambil berlari dalam pace di mana anda masih lagi dapat bersembang sepenuhnya. Ketika itulah lemak menjadi sumber bahan bakar utama anda. Biasanya HR anda dalam 60-70% HR maksimum.
PERLUKAH SAYA JOGGING LEBIH DARI 30 MINIT UNTUK MEMBAKAR LEMAK?
Larian yang perlahan (intensiti rendah) membakar lebih banyak lemak berbanding membakar kalori, yang memerlukan masa lebih lama secara keseluruhan. Itulah sebabnya disarankan untuk jogging melebihi 30 minit pada larian intensiti rendah.Ketika anda jogging, anda berada di zon bakar lemak optimum, iaitu pada 60-70% daripada HR max.
JOGGING PERUT KOSONG
Jika anda cukup cergas untuk jogging sebelum sarapan untuk meningkatkan metabolisme lemak anda, lakukan berikut:Pada waktu pagi, semasa perut kosong – maksimum 40 minit. Pada maksimum penggunaan oksigen (maksimum VO2) 50-70%*Namun, untuk badan anda membakar lemak dengan cekap anda juga perlu*diet yang betul (menekankan 25-30% protein).*tidur yang berkualiti, 6-7jam semalaman.
Diharap perkongsian ni boleh bantu untuk kita turunkan lemak dengan lebih cepat.