Selalu nak turun berat ni, ramai yang cari cara yang canggih-canggih, nama diet pon fancy sangat, tapi nak mengikut tu susah la pulak kan. Last-last buat 2-3 hari je lepas tu stop and then sedih tak dapat hasil.
Sebenarnya kalau kita buat simple perubahan dalam beberapa perkara dalam kehidupan seharian kita pon, memang akan nampak result.
Yang penting kena berterusan dan tak putus asa sampai dapat berat yang kita nak capai tu.
So ini antara 6 perkara yang kalau korang cuba ubah sikit je, tapi boleh bagi kesan yang besar sangat. Nanti rasa senang je nak turun berat.
1. Minum air kosong sahaja

Ni perkara paling senang kita boleh tukar dulu. Selalu suka minum air manis kan, kalau pergi makan kat mana-mana mesti nak kena minum air manis, so start tukar denga minum air kosong sahaja.
Tak boleh langsung ke minum air manis?
Boleh je tapi sekali sekala ok la. Just nak merasa. Seminggu 2-3 kali cukup dah. Masalah kita setiap kali makan nak kena air manis. Tu yang buat lemak berkumpul tu nanti.
Lagi satu jimat duit kot minum air kosong je.
2. Jangan tengok skrin bila tengah makan

Ni antara yang bahaya kalau buat ni, suka tengok tv atau handphone masa tengah makan.
Bila kita makan sambil tengok tv atau handphone ni, kita dalam state mindless eating. Kita tak sedar apa yang kita makan tu.
So selalu yang terjadi kita akan makan lebih dari yang sepatutnya.
Selalu jadi bila kita menguyah kerepek, kuih, biskut atau pop corn. Sedar-sedar satu balang boleh habis kan. Padahal sebenarnya takdelah lapar pon. Kita makan bukan based on keperluan tapi sebab kehendak nafsu. Memang selalunya akan terlebih makan, so lepas ni stop makan sambil tengok skrin.
3. Clearkan dapur dan peti ais dari segala makanan yang kurang sihat

Benda kalau depan mata memang susah sikit nak tahan. Kalau kita tak nampak senang sikit nak tahan.
So 1st sekali kalau boleh elakkan lah beli makanan yang mengemukkan kita tu dan letak di rumah. Ganti dengan yang lebih sihat macam buah-buahan.
Kalau memang dah ada kat rumah tu, cuba sorokkan. Letak la kat dalam almari ke, so kita takdelah terasa nak makan je benda tu kan.
4. Buat senaman yang mudah dan cepat

Selalu ramai yang mengeluh sebab takde masa nak bersenam. Kalau nak kena jogging kat luar atau nak ke gym memang ramai yang tak sempat. Nak bersiap je ambil masa setengah jam, perjalanan nak ke tempat tu je berapa minit ambil.
Tapi tak semestinya kena jogging kat luar atau nak kena pergi gym baru kita boleh bersenam.
Bersenam kat rumah je pon dah cukup dah. Berapa lama nak kena bersenam?
10 minit sehari pon dah ok sangat tau. Banyak je jenis senaman yang buat 5 minit tapi kesan dia sama macam bersenam 1 jam.
5. Tidur yang mencukupi setiap hari

Memang ada kajian yang tunjukkan kalau kurang tidur, ada kaitan dengan berat badan senang nak naik.
Mungkin sebab kurang tidur ni buat kita terlebih makan ke tak tahu lah kan, tapi cuba dapatkan tidur yang cukup setiap hari. Lebih kurang 6-8 jam lah untuk orang dewasa.
Tidur yang cukup pon bagi banyak benefits untuk kesihatan kita. Lebih energy, kurang stress dan bantu senangkan lagi turun berat.
6. Cari geng nak kurus sekali

Takde lagi orang gagal turun berat, yang ada cuma orang yang give up je. Buat benda kalau sorang-sorang memang senang nak give up tau tapi kalau ada geng ni semangat dia memang lain macam.
Sebab tu memang saya galakkan sangat korang untuk cari geng yang nak sama-sama turunkan berat. Boleh share progres, bagi semangat dan motivation to each other.
Siapa nak ajak sekali?
1st sekali boleh ajak pasangan korang, kalau diorang pon perlu turunkan berat lah. Atau pon ajak ahli keluarga yang tinggal sekali dalam 1 rumah.
Boleh jugak ajak siapa pon yang rapat dengan korang, ajak buat satu group whatsapp then dalam tu share la semua journey korang.
Memang powerful sangat benda ni dan memudahkan sangat proses korang nak kuruskan badan tu.
Boleh juga join support group kami di Facebook, GENG NAK KURUS. Dalam tu kita track berat kita sama-sama and semua orang pon share macam-macam tips dan bagi semangat kat each other.
So harap membantu ye perkongsian ni, just buat sedikit perubahan dalam kehidupan seharian kita tapi buat secara konsisten dan berterusan. All the best!